Emping jagung adalah makanan pagi yang mudah dan cepat. Hanya tambah susu segar dan breakfast anda sudah tersedia. Kellog adalah salah satu jenama terkemuka dalam industri bijirin ini. Design traditional untuk menyimpan bijirin ini adalah dalam bentuk kotak segi empat. Bagaimana jika produk Kellogg’s ini diberi rupa dan identiti yang baru?

Mun Joo Jane, pereka muda dari Los Angeles datang dengan idea ini untuk projek kolejnya. Beliau memilih siri ‘Special K’ dari Kellogg’s untuk dijenamakan semula. Special K disasarkan untuk orang dewasa yang mementingkan kesihatan dan makanan yang mereka makan. Jadi Mun mahu lari dari strereotype kotak bijirin traditional dan hadir dengan rekaan kotak ini yang lebih fresh dan mencerminkan produk Special K dengan lebih baik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

k

Menurut Mun, jenama seperti ‘Honey Star’ atau ‘Trix’ lebih mensasarkan golongan muda sebagai pengguna mereka. Mun juga turut mengeluarkan jenama kedua dalam siri ini iaitu ‘K+’. K plus adalah simbolik kepada kesihatan yang baik dan kandungan nutrien yang lebih baik bijirin Special K berbanding jenama yang lain. Ini akan memberi persepsi positif keapda pengguna yang mereka telah membeli satu produk yang bagus.

k

k3

k4

k5

Walaupun ini hanyalah projek Mun Joo Jane diperingkat kolej, tetapi ianya tetap awesome . Bagaimanalah hasil kerja Mun nanti bila dia dah mula bekerja. Memang kreatif orangnya. Anda boleh lihat hasil kerja lain Mun di sini.

Sumber