Pada awal minggu ini ramai pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) panik apabila mendapati bil mereka meningkat berkali ganda.

Ramai berpendapat perkara itu terjadi sejurus pelaksanaan tarif elektrik baharu mulai 1 Julai lalu.

Baca Juga:

Bagaimanapun menurut TNB perkara itu berlaku disebabkan isu teknikal; terdapat ralat yang menyebabkan paparan graf penggunaan bulan Julai tidak tepat.

Bil Julai Melambung, TNB Beri Jaminan Itu Bukan Bil Muktamad
Sumber Gambar: Facebook TNB

Jelasnya lagi, isu teknikal berkaitan paparan graf penggunaan kWh bulan Julai di aplikasi myTNB telah berjaya diselesaikan.

“Paparan graf penggunaan harian dan bulanan kini kembali berfungsi sepenuhnya. Kami akan terus memantau prestasi sistem bagi memastikan pengalaman pengguna yang lancar.

“Kami ingin sekali lagi memberi jaminan bahawa isu ini tidak menjejaskan bacaan meter sebenar atau bil muktamad pelanggan bagi bulan Julai,” katanya lagi.

TNB turut memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul, serta menghargai kesabaran semua pelanggan sepanjang proses penambahbaikan ini.