Saya kerap ditanya begini dulu, “Kenapa kau sibuk jaga tepi kain orang? Biarlah mereka mahu join skim cepat kaya ke apa. Duit derang bukan duit kau.”

Tahun lepas saya berhenti dan slow-kan kejap daripada update pasal skim cepat kaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kemudian ada satu kes yang menguatkan saya untuk bongkar semula kes-kes skim cepat kaya. Kes daripada kawan baik sendiri.

Penulis, Azree Hanifiah
Penulis, Azree Hanifiah

Kau mungkin belum pernah terpaksa mendengar rintihan berjam-jam daripada kawan baik yang sudah hangus lebih RM100k dalam skim cepat kaya.

Asalnya ada kerja yang bagus, tiba-tiba ambil keputusan berhenti kerja kerana baru dua bulan dapat ‘hibah’. Isteri pula akan bersalin lagi 2 bulan. Dan duit RM100k itu adalah duit personal loan.

Hendak beli pampers anak pun terpaksa tebal muka minta duit daripada orang lain. Daripada kerja dengan gaji bagus, terpaksa menjaja barang tepi jalan.

Ini baru satu kes.

Sampai yang terpaksa tutup bisnes pun ada.

Saya berikan beberapa ciri skim cepat kaya:

1. Untung tak masuk dek akal.

Contohnya setiap bulan dapat untung 10%! Andai kata ada pulangan yang baik sebegini, syarikat-syarikat besar sudah berkoyan-koyan mahu invest.

Cuba kau minta kawan yang ajak itu tolong bayarkan yuran, “Alaa… Kau kan dah kaya sekarang, aku pinjam dulu duit kau lepas 6 bulan dapat pulangan power tu aku pulangkan semula.”

2. Dapat komisyen dengan hanya cari orang sahaja.

Nampak sangat kalau tak headhunting (cari orang), kau susah nak kaya.

Tak dinafikan ada MLM yang juga beri komisyen bila agen cari orang baru daftar. Dan memang kebanyakannya akan berubah menjadi money game. Akibatnya MLM itu sendiri tidak dapat bertahan lama.

3. Guna slogan ‘Tolong Melayu’ dan ‘Jihad orang Islam’.

Tak dinafikan slogan ini baik. Tetapi bila orang yang mengajak itu mengulangnya lebih 3 kali, itu sudah berbau ikan yang amat kuat.

4. Cara mereka uruskan duit itu kabur.

Mereka mungkin guna pakai konsep jual beli emas, Forex trading, Futures dan lain-lain, tetapi jika kau tanya detail mereka tak akan reti jawab.

“Siapa pakar yang uruskan forex trading tu? Boleh tengok bukti performance dia yang lepas?”

“Kopi tu dijual di mana? Apsal saya tak nampak pun kat Tesco atau Speedmart?”

“Dia jual emas itu kepada siapa?”

5. Akhirnya mereka terpaksa tunjuk ‘bukti’ kereta mewah dan gambar duit.

Ini paling senang nak tipu orang. Kita sentiasa ditipu oleh simbol-simbol kemewahan.

Bagaimana cara nak elak?

Kalau saya suruh pergi buka website BNM dan SC, sudah tentu ramai yang malas nak pergi cari maklumat di sana. Ada satu cara nak elak, TEGUHKAN HATI untuk menolak bila nampak ada 5 ciri atas tadi.

Dan kawan aku yang cerita di atas itu pun beritahu, “Aku selalu baca post kau pasal skim cepat kaya, tapi haritu aku nak merasa letak duit sikit.”

Saya pun tanya, “Habis tu bila pula yang sampai ratus ribu tu?”

“Lepas aku dapat pulangan selama dua bulan, aku buat personal loan dan tambah modal pelaburan lagi.”

Orang yang selalu follow pasal skim cepat kaya pun boleh tersangkut.

Jadi, nak elak skim cepat kaya ini sebenarnya hanya perlukan keteguhan hati.

Satu nasihat bekas bos saya, “Dalam apa-apa deal, if it sounds too good to be true, kau lupakan terus.”