Satu video pendek menyentuh hari orang ramai di mana pemandu dan penumpang trak pikap membantu seorang penunggang motosikal dalam kesulitan.
Menerusi hantaran TikTok @ceobesiburuk94, semasa perjalanan ke Johor, dia ternampak ada seorang penunggang sedang menolak motosikal di tepi jalan lebuh raya.
Baca Juga:
- Hartanah Di Johor Bernilai RM500,000 Ke Atas ‘Laku Keras’, Kenapa?
- Dalam Diam Johor Tengah Jadi Kuasa Besar Asia, Ini Sebabnya
- ‘Bersyukur Masih Ada Pelajar Pandai Di Malaysia’ – Remaja Sekolah Johor ‘Score’ Sejarah 100 Peratus Raih Pujian
Kemudian mereka memberhentikan trak pikap, menunggu penunggang motosikal tersebut.
Apabila ditanya apa yang berlaku, lelaki tersebut memberitahu bahawa motosikalnya kehabisan minyak.
@ceobesiburuk94 Minyak habis tengah Highway bulan Ramadhan. #Ceobesiburuk #fyp #viral #follow #ceobesiburuk #motivasi #Allah #Ramadhan
Kemudian mereka pun menawarkan lelaki & motosikalnya itu tumpang naik trak pikap untuk pergi ke stesen minyak berhampiran.
Kegigihan lelaki itu menolak motosikal dari tangki minyak kosong di bawah panas terik semasa bulan Ramadan ini membuatkan ramai warganet berasa kagum.
Apabila tiba di stesen minyak di hentian sebelah Tangkak, mereka bertanya lebih lanjut mengenai lelaki tersebut.
Penunggang motosikal itu memberitahu dia dari Shah Alam yang juga mahu ke Johor.
Dia mahu ke sana kerana menerima jemputan menjadi imam di situ.
“Besar perjuangan dia ini. Moga setiap peluh yang menitis itu Allah S.W.T gantikan dengan syurga buat beliau,” kata TikTok @ceobesiburuk94.