Mahu cuba buka puasa dengan cara yang berbeza Ramadan ini? Apa kata anda ke Inside Scoop dan cuba buffet aiskrim di mana anda boleh makan aiskrim secara unlimited!

Pelbagai perisa aiskrim yang awesome dan unik ditawarkan di sini antaranya Teh Tarik, Onde-Onde, Cendol, termasuk dua perisa baharu; Ais Tingkap and Honey Cornflakes. Paling kami suka adalah perisa Teh Tarik dan Durian. Memang terangkat betul bila anda cuba dua perisa ini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Selain aiskrim, anda juga boleh memesan waffle untuk dimakan bersama aiskrim anda. Juga, di cawangan standalone Inside Scoop akan turut tersedia Seri Menanti Apam. Ini juga kombinasi hebat untuk anda makan bersama aiskrim di Inside Scoop.

4
Pilihan aiskrim yang ada di Inside Scoop
3
‘All-you-can-eat’ aiskrim dan waffle!
2
Menu khas Ramadhan, Kek Onde

Anda cuma perlu membayar RM32 untuk dewasa dan RM17 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Jika anda biasa membeli aiskrim di sini, harga untuk buffet ini adalah sangat berbaloi dengan menu serta pelbagai pilihan aiskrim yang ditawarkan.

Buffet aiskrim Inside Scoop ini akan dilancarkan bermula 13 Mei sehingga 24 Mei 2019 sahaja di seluruh cawangan Inside Scoop seluruh Malaysia. Jadi, anda yang suka makan aiskrim, jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa di sini!