Bila bercakap berkaitan flat, orang sudah mempunyai satu gambaran yang negatif kerana sering kali ditemui dalam kotor dan sering kali menyimpan barang terpakai sehingga mengganggu laluan pejalan kaki.

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang penghantar makanan berkongsi keterujaannya menemui pesekitaran flat yang kondusif buat pertama kalinya sepanjang tugas penghantaran makanan selama ini.

Di dalam video tersebut, lelaki itu sedang beransur daripada rumah pelanggan sambil berkongsi pendapatnya tentang kebersihan flat yang dikunjungi tersebut.

Selain memuji keadaan halaman laluan kaki yang bersih, dia juga menekankan tentang sistem saliran yang bagus sekaligus menjadikan lantai tampil kering di samping laluan yang lapang disebabkan tiada perabut atau barang yang disimpan di luar rumah.

Malah, dia memperlihatkan ruangan tangga dan di sekitarnya juga memberikan imej yang sama dan semuanya dalam keadaan terurus yang mana tidak terjadi di majoriti flat yang dikunjungi sebelum ini.

“Susah tau nak nampak flat bersih-bersih macam ni tau, ini maknanya JMB diorang buat kerja. Nampak mana ada sampah,” katanya lagi.

Oleh itu, dia menyimpulkan hasil persekitaran sebegini boleh terjadi dengan adanya kerjasama antara Badan Pengurusan Bersama (JMB)  dan sikap masyarakat sendiri yang sangat menitik beratkan kebersihan sejagat.

“Flat terbersih yang pernah aku masuk selama hantar makanan,” tertera teks pada video tersebut.

Dengan gandingan kedua-dua pihak ini, maka berjayalah mereka mencapai flat dengan keadaan yang kondusif di mana bukan sahaja penduduk sejagat yang menikmatinya malahan rider yang menghantar makanan turut teruja.

Lelaki itu turut mendedahkan bahawa tiada kewujudan bau hancing serta isu warga asing yang pengotor sewaktu berada di situ.

@ninjacollectible

Tiada renovation yang menganggu masyarakat

♬ original sound – NINJA COLLECTIBLE – NINJA COLLECTIBLE

Video rider tersebut berjaya meraih perhatian netizen dan rata-ratanya memuji akan sikap masyarakat setempat yang sangat prihatin dengan kebersihan sekaligus menjadikan persekitaran kediaman yang kondusif.

flat bersih
Sumber Gambar: TikTok
flat bersih
Sumber Gambar: TikTok

Ramai juga meminta orang ramai untuk mencontohi penduduk flat itu demi meraih hasil yang sama di samping mengubah perspektif terhadap penduduk flat selama ini.