Nota Editor: Kisah ini telah dikongsikan oleh Abudi Alsagoff di Facebook dan Instagram beliau. Abudi merupakan seorang atlet parkour professional Malaysia yang kini bekerja di Dubai. Kami paparkan semula di sini dengan izin dari penulis yang telah turut sudi berkongsi gambar-gambar ekslusif dengan Vocket sewaktu penggambaran Red Bull Dubai. Semoga kisah ini turut memberi inspirasi kepada anda.
Kredit gambar: Maxim Shatrov
Finally get to share this photo-shoot I did with RedBull UAE!
Nak cerita pengalaman masa buat photo shoot ni. Shoot tu seminggu sebelum Ramadhan tahun ni. Masa tu aku memang tertunggu-tunggu nak buat shoot ni, sebab shoot pertama kat Dubai. Proposed nak buat shoot awal-awal lagi masa aku sampai Dubai, cuma tarikh tak pernah confirm. Then dorang announce confirmation beberapa hari sebelum shoot day.
Kredit gambar: Maxim Shatrov
Nak dijadikan cerita, malam sebelum hari shoot tu ada training/gathering/jam session dekat gym aku. Train punya train, buat frontflip dari tinggi 2m macam tu, then masa land, sakit pulak injury lama kat kaki kanan aku. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
Dah ingat Allahu kalau injured terus habis esok ada shoot. Injury tahun lepas punya cerita. Dorsal tarsometatarsal ligament. Tapi malam tu tak rasa macam teruk, lega hati, ingatkan biasa ah impact kuat. Sebab boleh jalan normally and bila picit je rasa sakit sikit.
Kredit gambar: Maxim Shatrov
Esok hari, nak bangun solat fajar, Allahu. Tak leh pijak kaki bhai. Memang kecewa habis ah. Harini ada shoot. Camne ni? Nak gi masjid solat jemaah sakit gila bhai. Pastu teringat Nabi kata kalau tau betapa besar ganjaran solat subuh berjemaah kat masjid, kita akan sanggup merangkak. Rugi gila bhai kalau tak pergi. Takpe-takpe. Tawakkal and usaha dengan amaal. Cuba-cuba belajar macam sahabat dulu.
Baca: Siapa Sangka Pemuda Yang Panjat Jambatan Di Putrajaya Ini Rupanya Ahli Jemaah Tabligh
Kredit gambar: Maxim Shatrov
Hari tu hari jumaat. Memang injured sampai jalan terhenjut-henjut. Sampai time nak pegi masjid nak solat jumaat masih jalan macam tu. Dah rest sikit, ice kaki, dan compress.
Bantai je. Jalan gi masjid awal juga. Aku cuba amalkan semua amalan yang diajar untuk dapat bantuan Allah. Sebab time ni memang dah pasti, semua manusia berkumpul pun takde teknologi boleh heal kaki dalam sehari. Jadi time tu memang betul-betul tawajjuh hati kat Allah minta doa bagi yang terbaik, memang Allah yang maha kuasa and tawakkal pegi je lah shoot nanti buat apa yang boleh.
Kredit gambar: Maxim Shatrov
Teringat pernah baca hadis yang lepas solat jumaat baca Yasin and surah Saffaat doa akan dimakbulkan. Lepas tu solat hajat and baca doa nabi ajar doa solat hajat.
لا إله إلا الله الحليم الكريم, سبحان الله رب العرش العظيم, الحمد لله رب العالمين, أسئلك موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والغنيمة من كل بر والسلامة من كل إثم, لا تدع لي ذنبا إلا غفرته ولا هما إلا فرجته ولا حاجة هي لك رضا إلا قضيتها يا أرحم الراحمين
Ok lepas solat pergi shoot. Dah doa dah cuba usaha dengan amaal. Sekarang tawakkal.
Kredit gambar: Maxim Shatrov
Kalau korang tengok gambar-gambar tu time awal-awal shoot memang aku tak dapat beraksi sangat dekat concrete tu. Time tu jalan macam dah ok sikit-sikit walaupun rasa sakit sikit-sikit. So aku try avoid doing any big impact kat concrete.
Kredit gambar: Maxim Shatrov
Then later on time pegi tempat pasir tu try buat a backhandspring Alhamdulillah boleh buat tak rasa sakit. Bearable lah. Gradually as the shoot goes on aku boleh beraksi. And got all these awesome photos (can’t wait to share with you guys!)
Kat sini nak cerita bukan makam aku buat amalan dapat bantuan cash dari Allah macam para-para sahabat. Tapi point is we have to start usaha dengan amaal. Apa yang diajar nabi kepada sahabat, kita cuba amalkan. Bila hati yakin seratus peratus, tak mustahil Allah bantu.
Kredit gambar: Maxim Shatrov
Harini this photo story came out and my handstand photo was featured in timeout Dubai, what’s on Dubai, Visit Dubai and MyDubai page! Which means I will be able to see the handstand photo on the billboards here soon!! Alhamdulillah. Good day.
Baca lagi: Cerita Belakang Tabir 3 Pemuda Malaysia Panjat Bangunan 101 Tingkat Di Dubai