Jika sebelum ini peminat jenama motosikal berkuasa tinggi perlu ke Petaling Jaya untuk menjejakkan kaki di bilik pameran Ducati Naza. Kini orang ramai boleh singgah ke bilik pameran terbaharu, Ducati Kuala Lumpur yang terletak di di Wisma Pahlawan, Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Attap, Kuala Lumpur.

Bilik pameran bernilai RM1 juta itu terdiri daripada ruangan produk Scrambler, fasiliti pusat servis, kawasan merchandise, dan bahagian lounge yang selesa.

Baca Juga:

Sempena pelancaran itu bilik pameran terbaharu itu, Ducati Malaysia turut mengambil peluang melancarkan dua model mereka; Ducati Panigale V4 R dan Ducati Monster SP.

Ducati Panigale V4 R
Ducati Panigale V4 R

Motosikal berkuasa tinggi ini dibina untuk menguasai mana-mana trek di seluruh dunia. Enjin Desmosedici Stradale R 998cc berputar kepada 16,500 rpm dan menghasilkan 218 kuasa kuda pada 15,500 rpm.

Panigale V4 R mempunyai aerodinamik terkini, termasuk sayap biplane aerodinamik yang menghasilkan downforce yang sama seperti versi sebelumnya tetapi direka untuk mengurangkan drag dan meningkatkan kestabilan.

Ia turut hadir dengan pelbagai teknologi elektronik terbaharu, termasuk mod maklumat Track EVO pada papan pemuka, strategi Mod Kuasa, strategi Ducati Quick Shift (DQS) dan perisian Engine Brake Control (EBC) EVO 2.

Pada masa sama, motosikal ini dihiasi dengan MotoGP – inspired R livery dan mempunyai nombor ‘1’ pada bahagian hadapannya. Buat pertama kalinya, Panigale V4 R akan dibina sebagai siri bernombor, dengan nombor progresif dan nama model motosikal dipaparkan pada batang stereng aluminium bilet.

Ducati Panigale V4 R 2023 akan dijual pada harga RM458,900.00, tidak termasuk kos-kos yang lain.

Ducati Monster SP
Ducati Monster SP

Bagi mereka yang sukakan menunggang secara santai, namun mahu mempunyai rekaan livery MotoGP, model Ducati Monster SP boleh dijadikan pilihan utama.

Motosikal ini dilengkapi dengan enjin Testastretta 11° 937cc yang menghasilkan 111 kuasa kuda, serta sesuai ditunggangi sama ada di atas jalanan atau di trek litar.

Ia dilengkapi dengan suspensi Öhlins, kaliper Brembo Stylema®, homologasi Termignoni silencer dan tayar Pirelli Diablo Rosso IV. Motosikal ini juga menampilkan sistem Ducati Quick Shift (DQS) sebagai standard, membolehkan penukaran gear yang lancar.

Harga bagi sebuah Ducati Monster SP 2023 yang dapat memberikan keseronokkan ini bermula pada harga RM98,900.00, tidak termasuk kos-kos yang lain.

Ducati Kuala Lumpur

Bagi ‘Ducatithusiast’ seluruh negara, jangan lupa untuk singgah dan melawat bilik pameran terbaharu di Wisma Pahlawan, Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Attap, 50000 Kuala Lumpur.

Bilik pameran ini dibuka setiap hari; Isnin-Jumaat dari 10 pagi hingga 6 petang dan Sabtu-Ahad dari 10 pagi hingga 5 petang.

Untuk menerima kemas kini terbaharu tentang jenama, produk dan acara Ducati, ikuti Ducati Malaysia di Facebook dan Instagram.