Pengulas politik konservatif Amerika, Bill O’Reilly telah membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menggelarnya sebagai “penjajah” selepas O’Reilly mempersoalkan kuasa perbelanjaan tiga negara Asia Tenggara.
Bill memberikan komen balas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai beliau.
Baca Juga:
- ‘Orang Malaysia Mana Ada Duit’ – Wartawan US Ini Beritahu Xi Jinping
- ‘Mereka Komplot Nak Jatuhkan AS’ – Ini Komen Trump Lihat China Datang Ke Malaysia
- Bukan Sekadar Buruh Murah: Tim Cook Bongkar Alasan Sebenar Apple Pilih China
O’Reilly mentertawakan komen Anwar dan mengingatkannya bahawa pendapatan isi rumah tahunan per kapita Malaysia ialah AS$5,731, jauh beza dengan Amerika.
Presiden China, Xi Jinping melawat Malaysia, Vietnam dan Kemboja minggu lepas sebagai sebahagian daripada lawatan serantau di tengah-tengah perang perdagangan dengan AS berhubung tarif 145% yang tinggi ke atas China.

O’Reilly mempersoalkan nilai ekonomi tiga negara selepas mendakwa mereka “tiada wang” untuk membeli produk China, dengan Anwar kemudian menyatakan bahawa O’Reilly mempunyai pandangan dunia sempit yang dibentuk oleh imperialisme dan kolonialisme.
Bill O’Reilly Koyak Dengan PMX
“Sebagai perbandingan, pendapatan isi rumah AS per kapita ialah AS$42,220. Itu akan menjadi lapan kali ganda daripada apa yang anda dapat.
“Jadi jika anda (rakyat Malaysia) mahu membeli topi dan anda hanya membuat AS$5,000 setahun, anda tidak akan membelinya. Anda juga tidak mendapat makanan Cina di Kuala Lumpur. Anda hampir tidak makan. Jadi Perdana Menteri, saya ucapkan selamat maju jaya.
“China tidak akan dapat menjual barangannya di negara anda, atau Vietnam, atau Kemboja. Faham?”

O’Reilly berkata beliau pernah melawat Malaysia sebelum ini, yang disifatkannya sebagai sebuah negara yang “cantik” tetapi dalam masa yang sama “rumit”.
“(Saya) mahu anda berjaya, tetapi ‘penjajah’ ini telah memberitahu anda tentang kebenaran,” sindirnya.
Bill O’Reilly telah mengenali presiden AS, Donald Trump selama hampir 30 tahun, telah mengadakan temu bual dengannya dan kadang-kadang menghadiri acara sukan bersama-sama.
Pengaruhnya di Fox News dan penjajarannya dengan nilai konservatif telah memainkan peranan dalam membentuk persepsi orang ramai terhadap Trump di AS.