Ketika ini, bencana banjir di Kelantan dan Terengganu bertambah buruk apabila beberapa sungai dilaporkan telah melibihi paras bahaya. Orang ramai telah berkongsi keadaan semasa di kawasan-kawasan yang terjejas.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @ise1199 telah memuat naik video memaparkan keadaan semasa di Kampung Bukit Abal, Pasir Putih. Dapat dilihat air banjir sudah tinggi di sana tetapi ada beberapa rumah di kawasan tersebut tidak dimasuki air sama sekali.
@ise1199 Rumah dia tak masuk air weiii. Banjir di kg bukit abal, pasir puteh kelantan #fyp
Menerusi video itu, tuan rumah meletakkan penghadang dipercayai adalah beg pasir untuk memagar kawasan rumah supaya air banjir tidak memasuki rumah. Video tersebut telah menarik perhatian orang ramai dan rata-rata netizen kagum dengan persediaan rapi tuan rumah menghadapi bencana banjir.
Bukan itu sahaja, para netizen turut berharap agar inisiatif seperti itu akan diperluaskan lagi bagi mengelakkan rumah penduduk ditenggelami air.
Bijakkkk! Lepas ni jual-beli beg pasir semakin rancak ya 😂
Apa pun, harap tuan rumah tinggikan lagi pagarnya seusai banjir sbg persediaan untuk tengkujuh seterusnya. https://t.co/5n5GCoAMnJ
— ريدذوان إحسان 🇲🇾 (@IrwanCourtesy) February 27, 2022
Actually aku pon dah siap simpan plasticine kat rumah. kalau air naik teruk aku sumbat la kat pintu, sliding door, atau mana2 punca air. At least dapat la kurangkan air masuk, atau lambatkan flow air sementara aku selamatkan apa yg patut. https://t.co/CwF4vmaAPw
— euphoriaISM (@ArRain1984) February 27, 2022
Menurut anak kepada tuan rumah, sebelum ini rumah mereka dinaiki air dan inisiatif ini dilakukan tahun ini agar air banjir tidak akan masuk ke dalam rumah. Para netizen memuji tindakan tuan rumah kerana belajar dari apa yang berlaku dan berusaha untuk menghalang kejadian tersebut terjadi lagi.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih 2 juta tontonan dan meraih lebih 100 ribu tanda suka.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ pada pautan di bawah ini.
Akibat Langgar ‘Pantang Larang’, McGregor Takut Dengan Vladimir Putin
Beli Rumah Untuk Tutup Rahsia 1MDB, Aset Rohana Rozhan Kini Dibeku SPRM
Salah Guna ‘Buah Silat’, Lelaki Belasah Pemandu Van Sehingga Terbaring