Kebolehan teknologi AI menghasilkan gambar atau mencipta animasi sememangnya dipuji ramai. Namun, ada segelintir individu yang didapati menggunakan teknologi AI bagi tujuan negatif yang memcemarkan imej orang lain.
Menerusi perkongsian @magmalaya di akaun Twitternya, beliau mendakwa terdapat pihak yang menggunakan gambar mana-mana wanita yang diperoleh di media sosial untuk tujuan tidak bermoral.
Baca Juga:
- Mahu Halang ‘Prankster’ Buat Masalah, Restoran Sushi Di Jepun Sedia Guna Kamera Dengan Teknologi AI
- Mahu Elak Disalah Guna, Tindakan Pemuda Ini Patahkan Kad Bank ‘Terjumpa’ Dipuji Ramai
“Hati-hati para wanita, sudah ada pihak yang menggunakan gambar anda yang berbaju lalu mereka membuat kerja kerja dengan teknologi AI untuk menggantikan badan anda dengan gambar bogel.
Hasilnya amatlah mengejutkan”, ciapannya di Twitter.
Susulan itu, beliau kemudiannya meminta kaum wanita menggurangkan perkongsian gambar peribadi di media sosial. Pendedahannya itu telah memperlihatkan pelbagai reaksi daripada warganet.
Dia bukan buat suka-suka mag, dia buat berniaga. Orang boleh beli. Memang bahaya. Kalau dia suka-suka buat tak la ramai kemaruk, dah boleh beli memang ramai gila sx ni cari. Teruk la Ai disalah guna. pic.twitter.com/Lh2P1jFlJ5
— YasirCA (@YCA601) May 5, 2023
Takde kerja lain ya. Salah guna kelebihan yang ada dengan buat benda yang tak berfaedah.
— NJ 🍁 (@bee_bunnyha) May 6, 2023
Banyak kali dah orang ingatkan bahayanya muatnaik gambar di media sosial. Tapi nanti dituduh mengongkong perempuan pula. Dituduh misoginis dan patriaki.
Orang jahat memang ada di dunia ni, tak cukup dengan ajar orang jadi baik, kita sendiri kena beringat, waspada dan hati².
— A (@___________zizi) May 5, 2023
Sudh sampai masanya AI ni ada rules and regulations. Sama sprti Goggle, YT, TT serta yg seangktnnya.
— sweet8888 (@novarian88) May 5, 2023
Paling mengejutkan apabila salah seorang pengguna lain yang membuat ciapan balas memaklumkan pengubahsuaian imej tersebut untuk tujuan perniagaan.
Bukan itu sahaja, ada sebahagian individu yang rakus sanggup menggunakan imej wanita lain untuk mengaut keuntungan dengan menggubah suai muka mangsa kepada badan dan pakaian yang lebih menggiurkan.
Malah, ia turut diakui oleh pengguna lain yang menyatakan AI memudahkan untuk memanipulasi gambar. Jadi, sudah terdapat keperluan untuk menetapkan garis panduan penggunaan AI agar tidak merbahaya atau mencemarkan imej orang awam.