Mulai 18 November hadapan aktiviti bisnes sewa khemah biru di Pantai Telok Kemang diarah dihentikan berkuat kuasa oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Memetik Berita Harian, satu notis dikeluarkan MPPD meminta khemah dan peralatannya perlu dibersihkan dari tapak perniagaan.

Baca Juga:

Pihak MPPD akan melupuskan sebarang peralatan yang masih kekal di pantal sekiranya ada selepas pemantauan dilakukan.

Difahamkan surat ditandatangani Yang Dipertua MPPD, Hasnor Abd Hamid itu, menyenaraikan alasan tindakan terbabit, termasuk aktiviti sewaan khemah biru di Pantai Telok Kemang menjejaskan nama baik Port Dickson sebagai pantai peranginan.

“Ini ditambah lagi dengan tindakan segelintir peniaga yang menghalau orang awam daripada menggunakan pantai awam,” menurut notis berkenaan.

Pada masa sama para peniaga dilarang untuk memulakan apa-apa perniagaan sebagai ganti.

Arahan menghentikan sewaan khemah mulai 18 November itu turut membabitkan Pantai Telok Kemang, Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin. Ia sebagai persediaan bagi menambah baik perniagaan khemah di pantai-pantai daerah ini.

Selain itu, larangan memulakan apa-apa perniagaan sebagai ganti yang jika tidak dipatuhi, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).