Berita baik buat pelabur kriptowang khususnya Bitcoin kerana selepas 3 tahun penantian, akhirnya Bitcoin kembali mencapai paras harga tertinggi.

Merekodkan nilai melebihi RM300,000 bagi 1 BTC di Malaysia, harga Bitcoin pada ketika ini sekaligus menunjukkan kenaikan lebih 170% dalam tempoh setahun buat para pelabur.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Tidak hanya memaparkan paras harga tertinggi di Malaysia, malah Bitcoin turut melakar sejarah di lebih 30 negara termasuk Filipina, Jepun dan Korea Selatan.

Kenaikan ini turut dikaitkan dengan pelaburan Bitcoin ETF yang diluluskan beberapa bulan dahulu. Selain itu, Bitcoin ‘halving’ yang bakal berlangsung pada April ini memberi keyakinan kepada pelabur bahawa kriptowang ini mampu mencapai nilai yang lebih tinggi kelak.