Sekitar 16 Julai lalu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Miri berjaya melupuskan 1,069 mesin melombong Bitcoin bernilai RM5.3 juta yang diperoleh melalui rampasan pada daerah tersebut. Dilaporkan rampasan dibuat berikutan terdapat kumpulan yang melombong Bitcoin dengan menggunakan bekalan elektrik secara haram.

Seramai lapan suspek ditahan semasa serbuan di mana enam suspek dituduh telah berjaya dituduh di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri bekalan elektrik dan kesemua mereka dikenakan denda sehingga RM8,000 dan dipenjara sehingga lapan bulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, apa yang menarik perhatian orang ramai pada kali ini adalah kaedah yang digunakan untuk melupuskan mesin lombong Bitcoin iaitu dengan menggunakan jentera penggelek. Lebih menarik, video yang pelupusan tersebut berjaya mendapat media negara luar termasuk CNBC, BBC dan SCMP.

Meskipun menggunakan kaedah yang betul, para netizen seolah membincangkan sekiranya terdapat kaedah yang lebih baik dalam melupuskan mesin lombong tersebut melihatkan mesin tersebut yang mempunyai harga yang tinggi. Berikut merupakan respon netizen mengenai video yang dikongsikan.

Screen Shot 2021-07-26 at 10.56.47 AM
Sumber: youtube SCMP
Screen Shot 2021-07-26 at 10.57.03 AM
Sumber: youtube SCMP
Screen Shot 2021-07-26 at 12.13.52 PM
Sumber: youtube SCMP

Difahamkan aktiviti melombong Bitcoin tersebut telah membuatkan Sarawak Energy Berhad (SEB) Miri menanggung kerugian sehingga RM8.4 juta berikutan penggunaan elektrik secara tidak sah.

Sebelum, sebuah kes turut berlaku di Miri di mana kumpulan pencuri ini menggunakan sebuah pondok buruk di Miri dalam menempatkan 44 mesin kriptowang.

Curi Bekalan Elektrik, Pondok Buruk Di Miri Ini Dijadikan ‘Sarang’ Lombong 44 Mesin Kriptowang

Apple Melabur Dalam Bitcoin Dengan Nilai RM10.48 Bilion?