Bahasa Melayu sememangnya pernah menjadi lingua franca yang sangat dominan dan meluas di seluruh rantau Nusantara (Kepulauan Melayu) dan sebahagian Asia Tenggara selama berabad-abad.
Kegemilangan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara berlaku terutamanya dari zaman empayar awal hingga ke era Kesultanan dan awal penjajahan.
Nampaknya ramai tersenyum lebar selepas melihat satu video yang mempamerkan gelagat dua orang warga asing yang berkomunikasi dengan bahasa Melayu.
Di dalam video itu, seorang lelaki bernama Alexey Brooke yang menemu ramah pekerja Bangladesh yang kebetulan berada di tempat kejadian sewaktu berlakunya banjir teruk di stesen MRT Titiwangsa.
“Air dari mana?”
“Air hujan, hujan ada banyak ini.
“Ada sungai juga?”
“Ya”
“Sungai Gombak?
“Ya Gombak ini. Sana ini Batu Cave side pun banyak. Saya fikir ada banyak kereta-kereta. Kereta-kereta lagi kedai dalam pun boleh air masuk. Ini Pakistan kedai banyak ada sana.”
Dalam pada itu, walaupun di dalam gambar yang dikongsikan kelihatan air sangat tinggi serta terdapat kereta yang tersekat.
Namun, pada saat itu, penemu ramah menyoal di mana semua kereta itu dan pekerja asing itu langsung memuji akan ketangkasan warga Malaysia yang mampu menyelesaikan isu tersebut dalam beberapa jam sahaja.
Selain itu, dia turut bersetuju dengan pendapat Brooke yang mengatakan Kuala Lumpur mempunyai sistem pengurusan banjir yang maju.
” Saya working KLCC, KLCC depan. Sana pun banyak hujan. Sana KLCC depan, sikit pun air ada. KLCC sistem terbaik ,” ujarnya.
@alexey.brock 🇲🇾🎥Titiwangsa flooding cleared surprisingly quickly.. Stay safe semua🙏
Warga tempatan langsung memuji akan kesungguhan lelaki itu yang mahu memartabatkan bahasa ibunda dan sedia menemu ramah walaupun mempunyai tahap pertuturan dan pemahaman yang dikira paling asas.
“Inilah caranya, BM semakin lingua franca. perlahan-perlahan,” responnya di dalam ruangan komentar.