Sebuah berita yang menyedihkan buat industri hiburan dan rakyat Malaysia pada petang Jumaat ini apabila dilaporkan Mohd Hakim bin Lokman atau dikenali sebagai Bob Lokman meninggal dunia.
Almarhum sebelum ini dilaporkan sebelum ini sudah lama menghidap penyakit melibatkan jantung di mana beliau alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).
Baca Juga:
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
إنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Mohd Hakim Lokman @ Bob Lokman meninggal dunia hari ini. pic.twitter.com/KkzFiFhkHE— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) September 23, 2022
Beliau yang merupakan seorang pelawak, pengacara, pelakon dan penulis lirik merupakan seorang yang individu yang memberi sumbangan yang besar dalam industri hiburan negara. Antara lirik lagu hits yang pernah ditulis beliau terdiri daripada Isabella, Taman Rashidah Utama, Rendang Tak Berbuah dan Intanku Kesepian.
Takziah diucapkan buat seluruh keluarga Bob Lokman dan didoakan semoga Allahyarham Bob Lokman ditempatkan di kalangan orang beriman.