Pengendali Persib Bandung, Bojan Hodak mengakui peraturan dalam Liga Indonesia cukup melucukan dan tidak profesional apabila salah seorang pemainnya dilarang beraksi pada hari perlawanan.
Ianya terjadi selepas kelab itu menerima surat daripada Jawatankuasa Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) beberapa jam sebelum perlawanan yang menyatakan pemain import mereka, Nick Kuipers tidak dibenarkan beraksi.
Baca Juga:
- Bojan Hodak Beri Sebab Mengapa Persib Tandatangani Kevin Ray Mendoza
- Manuel Hidalgo Tolak Tawaran Kelab Indonesia
- Video: Pemain Bola Sepak Maut Disambar Petir
“Ini adalah sesuatu yang sangat lucu sepanjang 30 tahun dalam karier bola sepak.
“Saya tak pernah mengalami situasi seperti ini di hari perlawanan. PSSI mengirimkan surat mengatakan ada satu pemain yang boleh beraksi dan ada pemain lain yang tidak boleh beraksi.
“Ini hal yang lucu dan tidak profesional, jadi ini tentunya perlu diubah kerana mungkin orang tidak faham apakah kesan keputusan seperti ini,” kata bekas ketua jurulatih KL City itu dipetik dalam bolanusantara.
Bojan Hodak, Pelatih Persib Bandung:
"Ini hal yang sangat lucu terjadi, dalam 30 tahun karir saya di sepak bola profesional, saya belum pernah merasakan situasi ini. Di hari pertandingan, komdis mengirimkan surat bahwa ada satu pemain dan ada pemain lainnya tidak bisa bermain.… pic.twitter.com/GEilXiXMg6
— Berita Sepakbola Dunia (@gilabola_ina) February 28, 2024
Menurut laporan media Indonesia, larangan beraksi sepatutnya diberikan kepada Alberto Rodriguez yang menerima kad merah ketika perlawanan menentang Barito Putera jumaat lepas.
Namun perkara sebaliknya yang berlaku apabila Alberto dibenarkan beraksi manakala Nick Kuipers yang sudah dipersiapkan untuk perlawanan seterusnya pula tidak boleh bermain.
Justeru itu, Bojan Hodak menyifatkan ia tindakan yang tidak profesional kerana keputusan penggantungan pemain sepatutnya diketahui selepas aksi menentang Barito Putera bukan ketika hari perlawanan berlangsung.
Bagaimanapun, ketiadaan Kuipers tidak menghalang Persib Bandung mencatat kemenangan 3-0 ke atas PSIS Semarang sekaligus mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga 1.