Pengendali Persib Bandung, Bojan Hodak mengakui peraturan dalam Liga Indonesia cukup melucukan dan tidak profesional  apabila salah seorang pemainnya dilarang beraksi pada hari perlawanan.

Ianya terjadi selepas kelab itu menerima surat daripada Jawatankuasa Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) beberapa jam sebelum perlawanan yang menyatakan pemain import mereka, Nick Kuipers tidak dibenarkan beraksi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Ini adalah sesuatu yang sangat lucu sepanjang 30 tahun dalam karier bola sepak.

“Saya tak pernah mengalami situasi seperti ini di hari perlawanan. PSSI mengirimkan surat mengatakan ada satu pemain yang boleh beraksi dan ada pemain lain yang tidak boleh beraksi.

“Ini hal yang lucu dan tidak profesional, jadi ini tentunya perlu diubah kerana mungkin orang tidak faham apakah kesan keputusan seperti ini,” kata bekas ketua jurulatih KL City itu dipetik dalam bolanusantara.   

Menurut laporan media Indonesia, larangan beraksi sepatutnya diberikan kepada Alberto Rodriguez yang menerima kad merah ketika perlawanan menentang Barito Putera jumaat lepas.

Namun perkara sebaliknya yang berlaku apabila Alberto dibenarkan beraksi manakala Nick Kuipers yang sudah dipersiapkan untuk perlawanan seterusnya pula tidak boleh bermain.

Justeru itu, Bojan Hodak menyifatkan ia tindakan yang tidak profesional kerana keputusan penggantungan pemain sepatutnya diketahui selepas aksi menentang Barito Putera bukan ketika hari perlawanan berlangsung.

Bagaimanapun, ketiadaan Kuipers tidak menghalang Persib Bandung mencatat kemenangan 3-0 ke atas PSIS Semarang sekaligus mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga 1.