Bekas wonderkid Chelsea, Lucas Piazon dilaporkan bakal menyertai kelab bimbingan Bojan Hodak iaitu Persib Bandung.

Persib ketika ini menjalani pusat latihan di Thailand sebagai persediaan untuk mengharungi saingan BRI Super League musim 2025/2026.

Baca Juga:

Chelsea
Kredit Foto: Persib Bandung

Persib Mahu Uji Kualiti Bekas Pemain Chelsea

Persib mahu menguji kualiti Lucas dimana beliau akan diturunkan dalam satu perlawanan ujian menentang kelab tempatan.

Lucas Piazon sememangnya nama yang tidak asing lagi bagi peminat bola sepak Eropah.

Pemain tengah menyerang itu bermain untuk Chelsea selama 10 tahun, diikuti oleh Fulham, Reading, Malaga, Eintracht Frankfurt, Chievo Verona, Rio Ave, dan Braga di Portugal.

Chelsea
Lucas Piazon of AVS Futebol. (Photo by Jose Manuel Alvarez Rey / NurPhoto via AFP)

Musim lalu, pemain berusia 30 tahun itu bermain untuk AVS Futebol SAD dalam Liga Portugal, muncul dalam 32 perlawanan dan menyumbang 3 assist.

Bojan sebelum ini berkata Persib tidak semestinya menggunakan keseluruhan kuota pemain asing yang kini telah ditambah kepada 11 slot mengikut peraturan terkini.

Chelsea
RJ – Rio de Janeiro – 02/11/2023 – CARIOCA 2023, BOTAFOGO X BANGU – Lucas Piazon Botafogo player. Photo: Thiago Ribeiro/AGIF (Photo by Thiago Ribeiro / AGIF via AFP)

Selain Lucas Piazon, tiga lagi pemain asing yang akan menyertai percubaan itu ialah Kim Min-hyeok (bek tengah dari Korea Selatan), Bruno Santos (bek kanan dari Brazil), dan Junior Palacios (bek kanan dari Colombia).