Izzue Islam dan pasangannya, Awin Nurin sudah hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga. Walaupun belum diberikan rezeki mempunyai anak sendiri tetapi mereka bahagia dengan cara sendiri.

Terbaharu, Izzue Islam dalam temu bual podcast bersama Datuk Rosyam Nor mengatakan isterinya adalah segala-galanya yang diperlukan dalam hidup.

Baca Juga:

@suhanchannelofficial

Kalau dia pergi dulu…😢 EP 3 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 3] – PART 9 @izzueislam Full video di YouTube Suhan Channel & Usanita.🙌 #podcast #podcasthitamputihkehidupan #suhanchannel #tilljannah #izzueislam #rosyamnor #usanita #musim3

♬ original sound – Suhan Channel Official – Suhan Channel Official

“Saya tak tahu macam mana kalau satu hari dia tak ada. Saya pernah satu hari pergi shooting dia demam dan dia tak ada saya jadi lost, tak tahu kenapa.

“Padahal saya boleh datang shooting macam biasa tapi saya rasa tak boleh.

“Kalau tak ada isteri saya, saya bukanlah Izzue Islam yang anda kenal. Saya tak pernah bayang pun hidup saya ini.” ujar Izzue.

Dalam temu bual tersebut, Izzue dilihat mengalir air mata dan mengatakan tidak dapat membayangkan jika ditakdirkan isteri meninggal terlebih dahulu.

Malah, dia juga berharap jika boleh biarlah mereka mati sama-sama. Izzue juga menegaskan bahawa Awin merupakan tulang belakangnya yang membuatnya menjadi Izzue Islam dikenali ramai.

Perkongsian video podcast itu telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terharu melihat cinta Izzue yang besar terhadap isterinya.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mendoakan kebahagian Izzue dan pasangan serta memohon kepada Tuhan agar mereka dikurniakan anak sebagai pelengkap keluarga.