Ibu kepada Datuk Alif Syukri, Bonda Rozita memuat naik hantaran di media sosial mahu menjual rumah mewah miliknya.

Menurut Bonda Rozita, rumah yang terletak di kawasan elit Bukit Rahman Putra (BRP) Sunway Rahman Putra itu telah mendapat sentuhannya sejak tahun 2003 lagi.

Baca Juga:

Beliau mahu menjual rumah itu dengan harga RM10 juta. Harga tersebut termasuklah perabot-perabot yang ada di dalamnya.

Apa ada dalam rumah mewah Bonda Rozita?
Bonda Rozita Mahu Jual Rumah Mewah RM10 Juta, Apa Ada Dalamnya?
Sumber Gambar: Facebook Rozita Ibrahim

Rumah tersebut memiliki lima ruang tamu dan sembilan bilik tidur.

Ia turut dilengkapi dengan surau yang luas.

Setiap ruangan itu siap lengkap dengan hiasan perabot berukiran yang mempunyai keunikannya tersendiri.

Daripada luaran rumah hingga dalam rumah, Bonda Rozita menggunakan kemasan kayu berkualiti tinggi.

Bonda Rozita Mahu Jual Rumah Mewah RM10 Juta, Apa Ada Dalamnya?
Sumber Gambar: Facebook Rozita Ibrahim

Menurutnya lagi, ia menguntungkan bakal pembeli.

Ini kerana rumah mewah itu terletak di dalam kawasan perumahan berpagar serta berpengawal.

Ia dibangunkan oleh pemaju terkenal, Sunway sejak tahun 2006 yang menawarkan keselamatan & ketenangan.

Bonda Rozita Mahu Jual Rumah Mewah RM10 Juta, Apa Ada Dalamnya?
Sumber Gambar: Facebook Rozita Ibrahim

Pada masa sama Bonda Rozita kongsikan beberapa kemudahan yang ada sekitar kawasan perumahan tersebut. Antaranya adalah kemudahan harian, pengangkutan, pendidikan dan lain-lain.

“Hanya 4-5 km atau 5 minit ke Stesen MRT & KTM Sungai Buloh. Akses mudah ke lebuh raya utama seperti NKVE, LDP, MRR2, GCE & PLUS.

“Berdekatan sekolah kebangsaan & menengah: SK & SMK Bukit Rahman Putra (< 1 km), SK Bandar Baru Sungai Buloh, SMK Bandar Baru Sungai Buloh (~0.3–0.4 km).

“Stesen petroleum (Petronas, Esso, Petron) hanya 200–300m. Kedai runcit & 99 Speedmart, pasar pagi, kedai jahit, klinik, farmasi, dan klinik haiwan dalam radius 300m–500m. Restoran popular seperti McDonald’s, food court, kafe dalam radius pejalan kaki (< 400 m) ,” katanya.

Bagi aktiviti rekreasi dan komunit pula, kawasan perumahan itu terletak menghadap Rahman Putra Golf & Country Club.

Sementara klinik, surau, dan kemudahan komuniti terbina lengkap berhampiran.

Bonda Rozita Mahu Jual Rumah Mewah RM10 Juta, Apa Ada Dalamnya?
Sumber Gambar: Facebook Rozita Ibrahim
Bonda Rozita Mahu Jual Rumah Mewah RM10 Juta, Apa Ada Dalamnya?
Sumber Gambar: Facebook Rozita Ibrahim

Bonda Rozita menyatakan rumah tersebut mempunyai nilai pelaburan kukuh kerana berada di kawasan matang dengan permintaan tinggi, mudah disewa atau dijual semula.