Pada awal bulan Mac lalu tular kisah rumah seorang influencer dirompak dan sejumlah jongkong emas dan wang tunai dibawa lari.

Selepas beberapa minggu, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM tampil mengakui rumah beliaulah yang dimasuki perompak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, beliau memanjatkan kesyukuran apabila pihak polis berjaya menemukan semula sebahagian barang kemas dan peti besi miliknya yang dianggarkan bernilai RM2.1 juta.

Kesemua barangan itu berjaya ditemukan di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor, kelmarin.

Menurut laporan Kosmo, Kak KM menyatakan beliau hanya mampu menangis ketika dimaklumkan anggota polis yang datang ke rumah, bahawa barangan berharga miliknya telah pun ditemui.

“Saya ada di rumah ketika anggota polis datang. Selepas diberitahu telah jumpa semula barang-barang kepunyaan saya, beserta bukti gambar, saya terus melalak (menangis). Tak tahu nak cakap apa.

“Tak sangka, Allah SWT kembalikan semula hak saya. Ibaratnya, Tuhan pinjam sekejap dan pulangkan semula,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam pada itu, beliau turut memuji kecekapan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan, kerana berjaya memberkas suspek kurang daripada 24 jam selepas barang berharganya ditemui.

“Tahniah dan syabas juga untuk anggota PDRM kerana dalam masa 24 jam, berjaya memberkas kesemua suspek yang disyaki terlibat. Betul orang cakap, anggota keselamatan kita memang terbaik,” jelasnya.

Menurut Kak KM, bercadang untuk berpindah ke rumah lain kerana merasakan tidak selamat untuk terus tinggal di kediamannya sekarang.

“Saya rasa nak pindah duduk banglo lainlah. Buat apa duduk sini lagi? Rasa tidak selamat. Rumah sekarang saya tidak jual pun, cuma berpindah ke rumah lain dan di kawasan lain,” jelasnya.

Beliau turut berkata akan lebih berhati-hati selepas ini. Difahamkan perompak yang masuk ke dalam rumahnya adalah pengikut beliau sendiri yang tahu perkembangannya melalui media sosial.

“Dia pernah minta alamat, konon-konon nak datang ke rumah untuk ambil produk. Pengajaran kedua, kena lebih tingkatkan keselamatan di rumah. Walaupun ada televisyen litar tertutup (CCTV), tapi penjenayah tetap boleh lakukan kegiatan jenayah mereka,” terang beliau.

Sumber