Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed mendedahkan majikan sektor makanan dan minuman (F&B) dan penginapan dikesan paling liat mendaftar dan mencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Memetik Harian Metro, sejak tahun lalu sektor itu mencatatkan kadar ketidakpatuhan tertinggi dengan jumlah kompaun dan pendakwaan mencecah 880 kes.

Sementara perkhidmatan lain yang dikesan turut liat mencarum Perkeso adalah premis penyelenggaraan kenderaan dan salun kecantikan dengan 658 kes selain sektor pengeluaran 590 kes.

'Bos' PERKESO Dedah Majikan Sektor F&B Dan Penginapan Paling Liat Buat Caruman Pekerja
Sumber Gambar: Facebook Dr. Azman Aziz

“Sudah menjadi tanggungjawab majikan menjaga kebajikan pekerja tetapi tidak tahu dan kurang arif menjadi alasan mereka.

“Selain itu, ada juga majikan yang tidak mendaftar dan mencarum kerana mahu menjimatkan kos dan ini menunjukkan mereka pentingkan diri sendiri kerana mahu mengaut keuntungan hingga mengabaikan pekerja sendiri,” katanya pada sidang media di sini, baru-baru ini.

Susulan itu beliau berkata, majikan yang dikesan liat dan degil mendaftar serta mencarum, digesa mengambil peluang sempena Bulan Pemutihan Perkeso dari 1 hingga 30 April ini.

Katanya, sepanjang tempoh itu, majikan akan dikecualikan daripada tindakan kompaun, pendakwaan dan Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB).

Majikan liat bayar caruman PERKESO meningkat
'Bos' PERKESO Dedah Majikan Sektor F&B Dan Penginapan Paling Liat Buat Caruman Pekerja
Sumber Gambar: Facebook Dr. Azman Aziz

“Tahun ini sudah kali ke-16 Ops Kesan bakal diadakan, namun malangnya kadar ketidakpatuhan masih dalam lingkungan 13 hingga 17 peratus saban tahun.

“Ini menunjukkan masih ada majikan yang liat mencarum dan mendaftar pekerja mereka. Malah, berdasarkan penelitian PERKESO, majikan daripada 3 sektor dikesan antara paling liat untuk menunaikan hak pekerja seperti saya dedahkan menerusi kenyataan media, sebentar tadi.

“Oleh itu, kepada semua majikan, sila daftar dan mencarum demi kebajikan pekerja anda,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

'Bos' PERKESO Dedah Majikan Sektor F&B Dan Penginapan Paling Liat Buat Caruman Pekerja
Sumber Gambar: Facebook Dr. Azman Aziz

Dalam pada itu, Dr. Azman turut mendedahkan bahawa individu berpelajaran antara majikan yang culas membuat caruman buat pekerja mereka, lapor Kosmo.

Mereka dikenal pasti sebagai majikan yang pentingkan diri sendiri, tamak, hanya mahu kaut keuntungan, pada masa sama mengabaikan kebajikan para pekerja.

Sumber