Satu kumpulan penggodam dikenali sebagai Rupert_Group telah menggodam laman pangkalan data Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menurut penggodam tersebut, sistem keselamatan yang longgar menjadi punca maklumat peribadi orang ramai telah dikompromi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Berdasarkan laporan Lowyat.net, hantaran pertama dibuat oleh kumpulan penggodam terbabit pada 5 Disember, di sebuah laman forum penggodam.

Rupert_Group berkongsi tangkap layar sampel data dan menyatakan mereka mempunyai lebih banyak data peribadi yang akan ditiriskan dalam tempoh 72 jam akan datang.

Antara maklumat peribadi yang dibocorkan termasuklah nama, jantina, nombor MyKad, alamat fizikal, e-mel, serta nombor telefon. Selain itu, butiran lain yang berjaya mereka dapatkan adalah kaedah pembayaran dan status persaraan tentera.

Dua hari selepas itu, penggodam itu turut berkongsi pautan YouTube yang memperlihatkan rakaman mesyuarat yang melibatkan pengurusan PERKESO sedang membincangkan insiden godam tersebut.

Memetik laporan The Star pula, wakil PERKESO menyatakan pihaknya mengakui dakwaan bahawa agensi itu telah dilanda insiden keselamatan siber — di mana berlakunya aktiviti godam.

“Kami sedar dan akan mengeluarkan kenyataan penuh,” kata seorang wakil ketika dihubungi The Star.

Dalam pada itu, Rupert_Group menjelaskan bahawa mereka adalah penggodam yang bereputasi dan mereka hanya memerlukan dana untuk menyokong semangat mereka untuk mengenal pasti kelemahan dalam sistem rangkaian.