Setiap hari, ribuan rider dan pemandu e-hailing berdepan dengan pelbagai risiko di jalan raya, dari cuaca tak menentu hinggalah ke trafik yang memeritkan.
Tapi bila berlaku kemalangan, ramai masih terkapai-kapai kerana perlindungan PERKESO hanya aktif jika caruman dibuat. Kalau caruman tertunggak, maka tiadalah perlindungan. Situasi ini akhirnya bakal berubah dengan RUU Pekerja Gig.
Sistem Baharu: Lindung Dulu, Bayar Kemudian
RUU Pekerja Gig ini memperkenalkan konsep ‘lindung dulu, bayar kemudian’ yang bermakna pekerja gig akan mendapat perlindungan terlebih dahulu walaupun caruman masih belum dibayar.
Potongan caruman akan dibuat secara automatik selepas mereka menerima bayaran dari kerja yang dilakukan. Dengan cara ini, tiada lagi pekerja gig yang akan terbiar tanpa perlindungan hanya kerana bayaran caruman tertunggak.
Sistem automatik ini juga memastikan bahawa semua caruman dilakukan dengan lebih mudah dan tepat, tanpa perlu risau tertinggal pembayaran.
Manfaat kepada semua Pekerja Gig

Perubahan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada rider dan pemandu e-hailing, malah turut melindungi semua pekerja gig termasuk freelancer digital yang selama ini kurang mendapat perhatian dalam aspek keselamatan sosial.
Melalui mekanisme baharu ini, tuntutan perlindungan boleh dibuat dengan segera apabila kemalangan berlaku, tanpa mengira status pembayaran caruman mereka.
Ini merupakan satu langkah penting ke arah menyelaraskan Malaysia dengan negara maju lain yang sudah mula melindungi golongan pekerja gig secara menyeluruh.
Masa depan perlindungan sosial yang lebih terjamin

Dengan perlindungan yang lebih menyeluruh dan mudah diakses, pekerja gig kini boleh menjalankan tugas harian dengan lebih tenang tanpa risau akan risiko yang tidak dilindungi.
Sistem ini mengiktiraf hak setiap pekerja, tanpa mengira status pekerjaan, untuk mendapat jaminan keselamatan sosial yang sewajarnya.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang perlindungan PERKESO khusus untuk pekerja gig, anda boleh melayari laman rasmi perkeso.gov.my dan mengetahui bagaimana RUU ini boleh memberi manfaat kepada masa depan kerja gig di Malaysia.
#PERKESOLINDUNGSemua
#iLINDUNGu
#pekerjagig