Zaman sekarang, segalanya berlaku sepantas swipe dan klik. Jadi kenapa proses mencari kerja masih lagi dianggap rumit, perlahan dan penuh keraguan?

MYFutureJobs, sebuah aplikasi terbaru daripada PERKESO, hadir sebagai jawapan yang ditunggu-tunggu oleh ribuan pencari kerja di Malaysia.

MYFutureJobs

Ia satu platform digital yang bukan saja mesra pengguna tetapi turut diperkuat dengan teknologi pintar yang boleh memadankan anda dengan kerja impian anda.

Dilancarkan secara rasmi pada 1 Mei 2025 oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim, aplikasi ini bukan sekadar versi mudah alih kepada portal sedia ada tetapi merupakan satu langkah berani dan berwawasan untuk merevolusikan sistem pencarian kerja negara.

Cari pekerjaan kini lebih mudah dan cepat

MYFutureJobs dibina dengan kefahaman mendalam terhadap keperluan sebenar rakyat. Statistik menunjukkan lebih 70% pencari kerja menggunakan telefon pintar untuk mengakses portal pekerjaan.

Oleh itu, PERKESO melancarkan aplikasi ini bagi menawarkan solusi yang lebih praktikal, efisien dan selaras dengan gaya hidup masa kini.

Dengan antara muka yang moden dan intuitif, aplikasi MYFutureJobs direka untuk memudahkan proses pencarian kerja dari mula hingga akhir.

Cari Kerja Dengan Satu Klik, MYFutureJobs Ubah Cara Kita Bina Masa Depan

Menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), aplikasi ini secara automatik akan mencadangkan peluang pekerjaan yang paling sesuai berdasarkan kemahiran, minat dan latar belakang pengguna.

Proses permohonan pula menjadi lebih pantas dan mesra pengguna yang mana cukup dengan satu klik sahaja, tanpa perlu mengisi borang panjang yang berulang.

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh menyemak status permohonan serta temuduga secara masa nyata, sekaligus memantau perkembangan setiap permohonan dengan lebih teratur.

Notifikasi penting seperti jemputan temuduga atau tawaran kerja daripada majikan pula akan terus dihantar ke telefon, memastikan anda sentiasa selangkah di hadapan dalam merebut peluang.

Paling penting, aplikasi ini berfungsi 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Jadi anda boleh cari kerja pada bila-bila masa, tidak kira pagi, tengah malam atau semasa tunggu LRT.

Cari Kerja Dengan Satu Klik, MYFutureJobs Ubah Cara Kita Bina Masa Depan

Keselamatan terjamin dan percuma

Di saat banyak platform mengenakan bayaran untuk akses premium atau pendedahan lebih tinggi, MYFutureJobs mengekalkan prinsip keterangkuman sepenuhnya. Semua fungsinya adalah 100% percuma, untuk pencari kerja dan juga majikan.

Dan kerana ia dibangunkan oleh agensi kerajaan, PERKESO, maka tahap keselamatan data peribadi terjamin dan bebas dari unsur penipuan.

Ia turut disesuaikan dengan keperluan pasaran buruh tempatan, menjadikannya lebih relevan berbanding platform komersial dari luar.

Lebih 51,000 muat turun dalam sebulan dan akan terus berkembang

Cari Kerja Dengan Satu Klik, MYFutureJobs Ubah Cara Kita Bina Masa Depan

Dalam masa hanya sebulan selepas pelancarannya, MYFutureJobs telah mencatat lebih 51,000 muat turun. Ini bukan sekadar angka tetapi ia adalah petanda bahawa pencari kerja hari ini mahukan sesuatu yang pantas, praktikal dan dipercayai.

PERKESO turut merancang beberapa penambahbaikan besar untuk aplikasi ini, termasuk:

1. Sokongan dwibahasa untuk pengguna pelbagai latar belakang
2. Log masuk biometrik seperti cap jari & pengecaman wajah
3. Fungsi ‘Kerja Berdekatan Saya’ berdasarkan lokasi pengguna
4. Papan pemuka pintar untuk jejaki semua permohonan anda dalam satu tempat

Sama ada anda seorang fresh grad, sedang mencari kerja baru, atau sekadar ingin tahu peluang yang ada di luar sana, MYFutureJobs membuka akses yang lebih luas, cepat dan selamat kepada dunia pekerjaan.

Jangan tunggu lama-lama. Muat turun aplikasi MYFutureJobs di App Store atau Google Play hari ini dan biarkan peluang kerjaya mencari anda pula.