Baru-baru ini, syarikat milik pelawak dan juga usahawan terkenal telah dikenakan denda sebanyak RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam ekoran tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lepas.

Shuibatau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad kini juga didapati berkecimpung di dalam arena podcast dengan menemu bual sejumlah tetamu undangan menerusinya.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Susulan itu, Shuib telah ditanya seorang pengguna media sosial untuk membincangkan topik yang sedang hangat ketika ini iaitu tunggakan caruman PERKESO.

Individu terbabit meninggalkan komen di sebuah hantaran Instagram yang dimuat naik oleh Shuib.

“Salam. Nanti next topic boleh bincang pasal tak bayar PERKESO tak? Nak dengar jugak,” tulisnya sambil meletakkan emoji ketawa.

Sebagai respon, Shuib berkata idea yang dicadangkan itu sangat menarik dan boleh dipertimbangkan.

Netizen Minta Bincangkan Topik Tak Bayar PERKESO Dalam Podcast, Ini Respon Shuib
Sumber Gambar: IG

Dalam pada itu, ada yang menambah rencah dengan meminta dia turut membincangkan topik jadi bos yang berguna dan jaga kebajikan staf selepas dipercayai Shuib terpalit dengan isu berkenaan.

Sebelum ini, Shuib berkata sedia memperbaiki mana yang kurang dalam perniagaannya selepas apa yang berlaku.

Dalam pada itu, dia mengakui berita yang dilaporkan itu sedikit sebanyak telah menjejaskan jenama Bubblebee.