Bila nak melancong ke luar negara, ramai kaki travel akan membuat persediaan kewangan yang secukupnya bagi memastikan saat percutian berjalan lancar serta segala keperluan asas telah beres dipenuhi.
Ramai juga mengambil inisiatif untuk berjimat cermat kerana mahu membeli belah barang berjenama atau buah tangan untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Baru-baru ini, seorang pengguna Threads telah berkongsi satu tips menarik bagaimana anda boleh mendapatkan tempahan hotel dengan harga yang lebih murah berbanding yang sedia ada.
Difahamkan ia bukanlah glitch iaitu kesilapan tawaran harga daripada sistem atau seumpamanya tetapi ini adalah berkaitan perbezaan harga tempahan berdasarkan geografi seseorang yang dikenali sebagai Geo Pricing.
Menurutnya, dia berjaya mendapatkan harga tempahan hotel untuk satu malam di Osaka yang pada mulanya RM480 bertukar menjadi RM392.
Inilah caranya
1. Untuk berbuat sedemikian, dia menyarankan untuk sediakan laptop atau pc dan paling utama sekali adalah melanggan NordVPN versi berbayar.
2. Selepas itu, tukar IP server ke India atau Indonesia menerusi aplikasi VPN tersebut.
3. Kemudian, di PC, masuk ke dalam mod Incognito dan bersihkan segala pelayaran web terdahulu dan cookies pada bahagian Settings menerusi engin carian yang digunakan pada Google, Safari atau sebagainya.
4. Buat carian hotel yang ingin diinap di dalam laman pihak ketiga macam Agoda, Trip atau Booking.
5. Untuk membuat pembayaran mengikut lokasi yang ditetapkan, anda boleh menggunakan dompet digital atau kad debit seperti Wise dan PayPal.
Dia memberi pesanan kepada orang ramai untuk tidak mencuba trik ini dalam perihal menempah penerbangan kerana sebahagian syarikat penerbangan boleh batalkan perjalanan dan meminta pembayaran mengikut harga semasa secara serta-merta.
Dengan ini, orang ramai boleh berjimat-cermat untuk kos penginapan di hotel sementara dibelanjakan untuk perkara lain yang lebih penting.
REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.
Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.
Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.