Setelah berhempas pulas bekerja bertahun-tahun lamanya, setiap individu pasti mahu memiliki rumah pertama mereka. Selepas mengharungi proses jual beli yang banyak sungguh dokumen barulah anda berpeluang untuk masuk ke rumah baharu.

Mungkin ramai yang tidak tahu, perkara pertama yang kena buat adalah periksa defect rumah baharu dan lekas buat laporan kepada pemaju atau ejen anda.

Difahamkan setiap pemilik rumah baharu mempunyai waranti yang dikenali sebagai Defect Liability Claim dalam tempoh 24 bulan hingga 2 tahun dari pemaju atau pun kontraktor jika mahu baiki sebarang kerosakan secara percuma.

Menerusi akaun Instagram @myla.place, mereka telah berkongsi tips bagaimana anda selaku pemilik boleh menyemak kerosakan atau defect di kawasan rumah baharu dengan tiga barang ini sahaja.

rumah baru
Sumber Gambar: IG @myla.place

Anda tidak perlu risau kerana barangan yang dimaksudkan ini sangat murah dan mudah didapati di dalam kehidupan seharian. Ini senarai barangan yang diperlukan untuk anda membuat pemeriksaan secara diy iaitu pengecas, guli dan lampu suluh.

1. Pengecas

Sumber Gambar: IG @myla.place

Pertama sekali, anda perlu membawa sebuah pengecas ke rumah baru bagi tujuan menyemak soket suis elektrik sama ada ia berfungsi atau pun tidak.

Jika anda berjaya mengecas telefon pintar menerusinya, ia menandakan soket suis elektrik adalah dalam keadaan baik. Bagaimanapun, sebarang kegagalan berbuat sedemikian perlu dimaklumkan semula kepada pemaju untuk tindakan selanjutnya.

2. Guli

rumah baharu
Sumber Gambar: IG @myla.place

Selain itu, anda perlu membawa guli yang mana berfungsi untuk memeriksa keadaan lantai di sekitar rumah dan bilik mandi. Untuk sekitar rumah, lantai yang bagus boleh diketahui apabila guli yang dijatuhkan melantun tinggi dan mengeluarkan bunyi yang kuat.

Ini bermaksud pemaju telah membina lantai rumah dengan baik dan tidak mempunyai ruang udara yang mana akan memberi kesan buruk seperti air meresap ke bawah permukaan pada jangka masa panjang.

Untuk di bilik mandi, guli boleh menentukan sama ada lantai yang dibuat dengan berkualiti jika guli yang dijatuhkan bergerak sampai ke lubang air. Jika ada guli yang tidak bergerak mengikut arus sepatutnya, ini bermaksud ada kawasan lantai yang akan bertakung pula.

3. Lampu suluh

rumah baharu
Sumber Gambar: IG @myla.place

Lampu suluh pula digunakan untuk memeriksa sama ada dinding rumah dalam keadaan rata atau pun tidak. Jika lampu suluh boleh menerangi seluruh dinding, jadi ia bermakna dinding itu adalah rata.

Tetapi jika ada bahagian yang tidak dapat diterangi cahaya maka ia bermaksud mempunyai dinding yang beralun. Dinding beralun dikira mempunyai masalah dan perlu diatasi segera kerana boleh memberi kesan buruk di kemudian hari.

Sebagai pemilik yang bijak, anda perlu memang mempunyai hak untuk mendapatkan sebarang pembaikian di dalam kawasan rumah selagi tertakluk di dalam tempoh waranti yang diberikan oleh pemaju.

Kongsikan artikel ini agar lebih ramai pemilik rumah baru mengetahui cara periksa defect di rumah mereka dengan tiga barang mudah itu.