Sebut sahaja Paris, anda pasti akan terbayang menara ikonik Eiffel Tower bukan? Selain dari Eiffel Tower, Paris kini sedang merancang untuk membangunkan sebuah bot gimnasium sebagai tarikan pelancongan terbaru di kawasan itu.Yang menariknya, bot gim ini menggunakan tenaga manusia sebagai sumber utama. Erti kata lain, anda perlu bersenam ketika menaiki bot ini.

Rancangan mewujudkan bot gim ini adalah hasil kerjasama kumpulan arkitek TerreformOne dan syarikat pembekal alatan senaman TechnoGym. Menurut pelan, Bot gim ini akan ditempatkan di Sungai Seine yang berdekatan dengan menara ikonik Eiffel Tower. Idea ini tentunya memberikan anda pengalaman bersenam yang lebih unik dan tidak membosankan.

1

2

Konsep rekaan bot gim dari TechnoGym ini akan menggunakan tenaga manusia yang dihasilkan semasa senaman sebagai sumber tenaga utama yang akan menggerakan bot ini.

Manakala orang yang bersenam di sini pula boleh melihat jumlah tenaga yang telah mereka hasilkan melalui skrin yang terdapat pada tingkap bot. Jadi setiap orang akan tahu seberapa banyak tenaga yang telah mereka hasilkan.

4

Bot berukuran 20 meter luas ini mampu menempatkan 45 orang sekaligus dalam satu masa. Jika diperhatikan, konsep bot ini sama seperti konsep bot tradisional yang terdapat di Sungai Seine suatu ketika dahulu di mana tenaga manusia diperlukan untuk menggerakan bot.

Memandangkan terdapat banyak juga tasik dan sungai di Malaysia, diharapkan konsep gim seperti ini juga diperkenalkan di negara kita suatu hari nanti.

BACA: Bagaimana Pejalan Kaki Menjana Kuasa Lampu Pintar Ini

Sumber