Pejabat Pembela Umum Persekutuan (DPU) Brazil telah memberi bayangan untuk mengambil tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa berhubung kematian tragis Juliana Marins. Mangsa  dilaporkan meninggal dunia sewaktu mendaki Gunung Rinjani di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada akhir bulan lalu.

Memetik laporan CNA Indonesia, pada Isnin 30/6 lalu, Pejabat Pembela Umum Persekutuan (DPU) Brazil, telah secara rasmi memohon kepada Polis Persekutuan Brazil (PF) untuk menjalankan siasatan lanjut.

Julia
Sumber Gambar: Folha

Permintaan ini bertujuan untuk meneliti kemungkinan adanya kelalaian dari pihak berkuasa Indonesia dalam mengendalikan insiden yang menyebabkan kematian tragis Juliana Marins.

Pejabat Pembela Umum Persekutuan (DPU) Brazil sedang menumpukan perhatian pada pelaporan dan siasatan lebih mendalam berhubung ketidaksesuaian prosedur yang didakwa dilakukan oleh pihak berkuasa Indonesia dalam menguruskan kes kematian Juliana Marins. DPU berpandangan, jika unsur kecuaian terbukti, Brazil tidak akan teragak-agak untuk membawa kes ini ke jalur undang-undang antarabangsa.

Sekiranya bukti yang mencukupi ditemui, Brazil merancang untuk membawa kes ini ke Suruhanjaya Antara-Amerika untuk Hak Asasi Manusia (IACHR), sebuah badan di bawah Pertubuhan Negara-negara Amerika (OAS) yang beribu pejabat di Washington, AS.

Walaupun IACHR tidak mempunyai kuasa perundangan yang sama dengan mahkamah, sebarang arahan yang dikeluarkan oleh suruhanjaya ini mempunyai impak politik dan moral yang besar. Suruhanjaya ini berupaya memberikan arahan kepada sesebuah negara agar melakukan perubahan polisi atau bahkan memberikan pampasan kepada mangsa pelanggaran hak asasi manusia.

Brazil Ancam Saman Indonesia Ekoran Tragedi Juliana Marins
Sumber Gambar: ebantuan.my

“Kami sedang menunggu laporan yang disediakan oleh pihak berkuasa Indonesia. Selepas laporan itu diterima, kami akan tentukan langkah undang-undang seterusnya,” ujar Taisa Bittencourt, Pembela Hak Asasi Manusia Serantau dari DPU, dalam kenyataannya.

Sejurus ketibaan mayat Juliana Marins di Brazil pada Selasa (1/7), keluarga mangsa segera memohon untuk dilakukan autopsi semula bagi memastikan punca kematian dengan lebih tepat.

Permintaan ini dipersetujui oleh kerajaan Brazil, dan autopsi dijadualkan berlangsung di Institut Perubatan Forensik (IML) Rio de Janeiro pada hari yang sama.

Mencari Bukti Sama Ada Bantuan Diterima Memadai Atau Tidak

Pemeriksaan semula ini dianggap amat penting bagi menjelaskan dakwaan bahawa Juliana mungkin tidak mendapat pertolongan yang mencukupi selepas kemalangan itu berlaku.

“Autopsi kedua ini adalah permintaan dari keluarga. Kami akan mendampingi mereka mengikut hasil laporan dan keputusan yang akan diambil,” jelas Taisa Bittencourt, yang turut menekankan kepentingan untuk mendalami setiap aspek kematian Juliana.

Keluarga Juliana Kecewa Hasil Autopsi Pertama Dibocor Sebelum Dimaklumkan

Autopsi pertama yang dijalankan di Denpasar, Bali, menyatakan bahawa Juliana meninggal dunia akibat trauma berat, termasuk patah tulang dan kecederaan dalaman. Difahamkan, dia sempat bertahan hidup kira-kira 20 minit selepas insiden berlaku.

Bagaimanapun, keluarga Juliana meluahkan rasa kecewa dengan cara penyampaian hasil autopsi yang dilakukan secara terbuka melalui sidang media, sebelum mereka sempat menerima maklumat rasmi.

“Keluarga kami dipanggil ke hospital untuk menerima keputusan, tapi sidang media pula diadakan dahulu. Kekacauan ini memang tak berkesudahan,” luah Mariana Marins, kakak mangsa, yang menyampaikan rasa tidak puas hatinya terhadap cara pengendalian kes ini.