Brentford masih lagi tidak melayan tawaran terakhir Manchester United untuk Mbuemo.

Brentford dikatakan mahukan £70 juta untuk penyerang tersebut. Namun Sir Jim Ratcliffe merasakan pemain itu cuma maksimum £65 juta untuk pemain tersebut.

Ruben Amorim masih mahukan pemain no.9 baharu selepas mendapatkan Matheus Cunha dari Wolves sebelum ini. United dilaporkan sudah terlepas peluang untuk mendapatkan Gyokeres.

Dan kelab itu masih lagi menunggu jawapan daripada Brentford untuk tawaran mereka sebelum ini.

Usaha untuk United meneruskan rundingan baharu masih lagi tergendala – menurut The Guardians.

Jadi, United masih berharap Brentford akan berlembut hati dan menerima sahaja tawaran £65 juta mereka sebelum ini.

Rundingan antara kedua dua kelab sebenarnya sudah berada di fasa akhir, beberapa bulan lalu. Brentford malah sudah yakin bahawa pemain itu akan mengadakan medikal di Old Trafford.

Namun begitu, Man United berkeras tidak mahu membayar £70 juta untuk Mbuemo, dan menganggap £65 juta adalah tawaran terbaik untuk pemain tersebut.

Kontrak semasa Mbuemo akan berakhir tahun hadapan. Namun ada pilihan untuk lanjutan semusim lagi.

Man United masih bergelut untuk mengimbangi akaun FFP merekka. Dengan kelab itu masih gagal menjual pemain pemain seperti Garnacho, Jadon Sancho dan Marcus Rashford.