Dalam satu malam, Amerika Syarikat dan British telah menggugurkan peluru berpandu ke atas 60 sasaran di Yemen. Situasi ini telah menyebabkan kegusaran masyarakat antarabangsa.

Namun persoalannya, kenapa AS dan British menyerang Yemen?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Serangan ke atas Yemen adalah sebagai tindak balas kepada 25 serangan ke atas kapal antarabangsa di Laut Merah oleh pemberontak Houthi di Yemen dalam dua bulan lalu.

AS dan British menyerang sekitar 60 kem Houthi dengan lebih 100 peluru berpandu dijatuhkan. Serangan ini mendapat sokongan daripada Australia, Bahrain, Kanada dan Belanda. Negara-negara itu bertindak kira-kira 24 jam selepas Majlis Keselamatan PBB mengutuk serangan Houthi.

Walaupun Houthi memberi alasan bahawa mereka menyerang kapal antarabangsa  sebagai bentuk sokongan kepada Palestin dan hanya menyasarkan kapal yang membawa barangan dagangan Israel, tetapi tindakan mereka ini telah menyebabkan kenaikan kos penghantaran dan ramai syarikat kapal besar takut untuk melalui Laut Merah.

Bagaimanapun, serangan ini tidak akan menyebabkan perang di Timur Tengah – buat masa ini. Yemen tidak akan bertindak balas. Tetapi kumpulan pemberontak Houthi juga dikhabarkan tidak akan berhenti menyerang mana-mana kapal yang membawa barang dagangan Israel.

Sumber