Live Nation Malaysia mengumumkan bahawa Bruno Mars akan mengadakan persembahan di Stadium Bukit Jalil pada 17 September akan datang.
Namun respon daripada netizen di X agak panas. Hal ini kerana ramai yang tidak mengalu alukan kedatangan Bruno Mars.
Selepas enam tahun, penyanyi pop Hollywood itu akan kembali menggegarkan Malaysia dengan persembahannya. Di mana kali terakhir dia bertandang ke Malaysia adalah pada 11 April 2018.
Penjualan tiket konsert tersebut akan mulai dibuka pada Jumaat hadapan pada jam 10 pagi.
Live Nation Malaysia dalam kenyataan di laman rasminya menulis: “Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur, September ini. Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung.”
Kuala Lumpur menjadi salah satu bandar pilihan Bruno Mars untuk mengadakan konsert sempena siri jelajah dunianya.
Sebelum beraksi di Malaysia, Bruno Mars sebelum itu akan menjayakan persembahan di Taiwan pada 8 September dan di Indonesia untuk 13 dan 14 September.
Bruno Mars merupakan penyanyi yang sudah memenangi beberapa anugerah Grammy terutama sekali ‘Record Of The Year’ untuk tiga tahun berturut-turut.
๐บ๐ปโจ Bruno Mars is coming to Kuala Lumpur this 17 September. We canโt wait to experience the 24K Magic live! Get your tickets at https://t.co/YImEolWEcYโ
๐๐ฟ๐๐ป๐ผ ๐ ๐ฎ๐ฟ๐ ๐๐ถ๐๐ฒ ๐ถ๐ป ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐๐๐บ๐ฝ๐๐ฟ
๐ Date: 17 September 2024, 8:30 pm
๐ Venue: National Stadium,โฆ pic.twitter.com/UALFJT7DfV— Live Nation Malaysia (@livenationmy) June 21, 2024
Menjengah ke ruangan komen, rata rata netizen di X mahu memboikot konsert ini. Hal ini kerana Bruno Mars dituduh sebagai pro zi*nis.
Sebelum ini keluar satu artikel menyatakan bahawa, ‘tanda cintanya kepada Tel Aviv, Bruno Mars mengadakan konsert pertamanya di ‘haram’ tersebut.
Walaupun begitu ada juga yang berasa sangat teruja dengan kedatangan superstar tersebut ke Malaysia.