PT Bank Syariah Indonesia Tbk (BSI) memperkenalkan perkhidmatan transaksi emas melalui ATM Emas yang pertama di Indonesia.
Perkhidmatan ini membolehkan pembelian emas secara digital melalui platform BSI Emas Digital. Dengan ini, ia juga menjadi inovasi pertama di Indonesia.
Dalam pada itu, BSI menyatakan bahawa mereka sedia untuk menyediakan 50 unit ATM emas di Indonesia.

“Emas yang kami tawarkan melalui BSI Gold mempunyai kadar ketulenan 99.99 peratus. Kami juga berusaha untuk mendapatkan pensijilan daripada London Bullion Market Association (LBMA), selain daripada Standard Nasional Indonesia (SNI) dan sijil daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI),” kata Anton dalam acara Berbuka Puasa Bersama Media di Pejabat BSI, Jakarta, Jumaat (7/3).
Bagaimanapun, berita kehadiran mesin cetak emas itu tidak disambut baik oleh rakyat Indonesia sendiri kerana masih terngiang-ngiang ketirisan wang berjumlah lebih RM54 bilion di dalam skandal minya Pertamina pada akhir bulan lepas.
Untuk makluman, syarikat itu didakwa melakukan salah laku dan penipuan dimana mereka memanipulasi selain melakukan kesalahan mencampur Pertalite (RON 90) dengan beberapa bahan dan kemudiannya dijual kepada pengguna sebagai Pertamax (RON 92).
Susulan itu, rakyat Indonesia meluahkan kerisauan jika perkara ini akan terjadi di dalam projek mesin ATM emas yang mana akan terisi dengan logam yang dicat dengan warna emas pula atau dicampur dengan bahan tertentu menjadikan ia tidak setulen yang didakwa.


Dalam pada itu, mereka juga merasakan projek ini sebagai sia-sia buat negara kerana tidak memberikan sebarang manfaat kepada masyarakat. Malah, mereka juga mengungkit projek kerajaan setakat ini sememangnya merugikan sahaja.
Seperti projek ATM emas ini berapa ramai sahaja yang boleh menggunakannya walhal majoriti rakyatnya masih dalam keadaan sengsara kerana mempunyai kuasa membeli yang rendah dek kerana kelemahan nilai rupiah dan juga peluang perkerjaan yang tipis.