Sebut mengenai emas, pasti ramai yang cukup tahu bahawa emas mempunyai nilai yang tinggi serta harganya semakin meningkat. Malah, ramai yang menyimpan emas sebagai aset untuk kegunaan masa hadapan.

Terbaharu, Arab Saudi yang seperti diketahui merupakan negara yang kaya-raya mengumumkan penemuan emas di kawasan sepanjang 100 kilometer ke selatan lombong Mansourah Massarah, kawasan pentadbiran Al Khurmah di wilayah Makkah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut syarikat perlombongan dikenali sebagai Maaden, pihaknya menemukan banyak kawasan yang kaya dengan emas dan menunjukkan potensi untuk mengembangkan perlombongan logam berharga itu di kawasan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maaden, Robert Wilt berkata, penemuan itu berpotensi untuk menjadi pusat penemuan emas dunia dan sebahagian daripada strategi pertumbuhan syarikat mereka.

“Penemuan ini menjadi bukti potensi sumber mineral yang belum diterokai di Arab Saudi dan menjadikan perlombongan sebagai tonggak ketiga ekonomi Saudi,” katanya.

Sumber