Seorang pemuda lewat 20-an di Rusia terpaksa dirawat di hospital akibat kegagalan buah pinggang selepas melakukan 2,000 squat dalam satu sesi demi untuk memenangi pertaruhan bersama rakan, lapor Oddity Central.

Kes ini tular dan menjadi peringatan penting tentang betapa bahayanya latihan fizikal melampau tanpa persediaan.

2,000 Squat: Apa Yang Berlaku?

Pemuda itu yakin dengan kemampuan fizikalnya apabila menerima cabaran rakannya untuk menyelesaikan 2,000 squats dalam tempoh tertentu.

Squat

Selepas berjaya menamatkan cabaran itu, dia mula mengalami gejala serius antaranya adalah kaki bengkak dan sakit teruk, air kencing tiba-tiba bertukar warna coklat gelap (tanda kerosakan otot) dan kesukaran untuk membuang air kecil.

Doktor di Hospital Klinikal Vladivostok No. 2 mendiagnosisnya dengan rhabdomyolysis – keadaan di mana tisu otot pecah dan memasuki aliran darah, menyebabkan kerosakan ginjal.

Pemeriksaan mendapati fungsi ginjalnya merosot kepada 50%.

Nasib baik, doktor berjaya merawat kegagalan ginjal tanpa dialisis, tetapi pemulihan penuh mungkin mengambil masa 3 bulan hingga setahun.

Squat

Pihak hospital tempat beliau dirawat telah mengeluarkan amaran, “Kekuatan bukan hanya tentang pencapaian fizikal, tetapi juga tentang menjaga tubuh. Senaman baik untuk kesihatan, tetapi jika melampaui batas, ia boleh membawa akibat buruk.”

Untuk rekod, Squat adalah salah satu senaman terbaik untuk membina kekuatan kaki, otot, dan meningkatkan kecergasan.

Namun, seperti semua senaman, squat boleh jadi merbahaya jika dilakukan dengan cara salah atau berlebihan.

Squat

Antara perkara yang membuatkan sesuatu senaman itu merbahaya adalah bilamana ia dilakukan dengan teknik yang salah, terlalu banyak repetasi – seperti pemuda Rusia tersebut, beban yang terlalu berat dan masalah kesihatan sedia ada.

Selain itu, persedian awal sebelum melakukan senaman juga penting agar tidak menjadi masalah di kemudian hari.