Tular beberapa klip video pendek menunjukkan sekumpulan mat rempit membuat onar di kawasan perumahan Elmina; platform X.com menunjukkan di Elmina Sungai Buloh, sementara TikTok pula di Elmina Shah Alam.
Dalam video-video tersebut, mereka berkumpul beramai-ramai sambil membunyikan motosikal mereka sekuat-kuatnya dan membingitkan telinga.
Difahamkan kejadian tersebut kerap berlaku ketika hari minggu. Tindakan mat rempit terbabit sekaligus mencacatkan pemandangan pengalaman penduduk yang duduk di kawasan itu.
@1491wawa Elmina lakeside Shah Alam Tiap kali weekend petang Ahad. Orang nak riadah pun tak tenang la wei🤦🏼♀️.bising la bunyi moto kau prem-prem😤.#elmina #budakmotor #viral #fyp
Dalam satu kenyataan rasmi pemaju bandar Elmina, Sime Darby Property mahu membanteras masalah gejala sosial itu bersama IPD Shah Alam.
“Warga Bandar Elmina yang dikasihi,
“Kami ingin memberi perhatian kepada penduduk berkenaan dengan isu ‘Mat Rempit’, terutamanya di Perbandaran Elmina West.
“Laporan ‘Mat Rempit’ yang mengganggu biasanya meningkat pada hujung minggu dan cuti umum dan tetap menjadi kebimbangan.
“Kami ingin meyakinkan anda bahawa kami memandang serius perkara ini dan sentiasa bekerjasama rapat dengan IPD Shah Alam dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan yang diperlukan terhadap ‘Mat Rempit’ ini melalui Operasi Banteras, katanya.
Tambah pemaju lagi, pihak polis bantuannya akan terus memperkasakan rondaan di lokasi hotspot dan bekerjasama dengan IPD Shah Alam untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap ‘mat rempit’ ini demi kesejahteraan para penduduk.