Dari apa yang saya perhatikan kebanyakan dari kita kerap merungut mengenai kos sara hidup yang tinggi. Rungutan tanpa usaha tiada makna kawan.
Kini, banyak peluang yang terhidang depan mata kita sendiri yang boleh kita ambil. Jika anda rasa kerja makan gaji anda tidak cukup, apa salahnya cekalkan diri untuk cari pendapatan sampingan.
Salah satu yang agak menarik bagi saya adalah Uber atau Grabcar. Saya sendiri telah mecuba Uber secara sambilan.
Ini 12 perkara yang saya dapat kongsikan untuk manfaat bersama:
1. Masa
Yang paling penting ia adalah fleksibel. Bila sahaja tak kira di mana saya berada, saya boleh ‘online’. Jika ada masa terluang lebih baik guna untuk jana pendapatan dari menghabiskan masa dengan sia-sia.
2. Pendapatan
Secara purata saya dapat RM100++ untuk 5-6 jam. Masa yang paling ideal ialah dari 6 pagi hingga ke 10 pagi, yang mana boleh dapat RM30 per jam. Jika fokus 4 jam 5 hari seminggu, boleh dapat RM 2,500 sebulan. Lebih dari cukup untuk bayar ansuran bulanan, service, cukai jalan, insuran dan petrol.
Kebanyakan rakan yang buat sepenuh masa, pendapatan bulanan kasar mereka mencecah RM8,000.
3. Penyata Gaji
Uber akan memberi penyata gaji mingguan untuk Partner. Dari situ ia boleh digunakan bagi tujuan memohon pinjaman perumahan, kereta dan lain-lain dari pihak bank.
4. Jaminan Waktu Kemuncak (Peak Hour)
Uber menjanjikan jaminan pendapatan waktu puncak yang berbeza mengikut kawasan dan masa. 9 ‘core’ area diklasifikasikan sebagai Tier 1. Bagi masa pula, waktu puncak adalah 6 pagi hingga 10 pagi dan 4 petang hingga 8 malam pada hari berkerja.
5. Kawasan Hangat
Untuk Klang Valley, terdapat 9 ‘core area’. Kawasan tumpuan yang paling hangat sekitar KL, Mont Kiara, Sunway, Kota Damansara, Shopping mall i.e Midvalley. Pastinya jika online di kawasan tersebut, ‘PING’ tidak pernah putus.
6. KLIA
Bagi pemandu Uber, trip ke KLIA sangat mengancam. Biasanya tambang RM75 keatas. Pasti boleh tersenyum lebar jika dapat trip ke KLIA dan dapat rider dari KLIA.
Tetapi ia tidak semudah itu. Pernah sekali saya hantar rider ke KLIA, dengan penuh harapan ada ‘PING’ untuk balik. Namun apabila saya buka Uber user app, saya dapati sudah ramai pemandu uber yang tengah menunggu. Apa lagi, start enjin dan teruskan ke tempat lain.
7. Bertutur Bahasa Asing
Apa yang saya perhatikan, 70% rider saya adalah terdiri dari warga asing. Kebolehan bertutur dalam Bahasa English adalah perkara wajib, cukup sekadar pertuturan asas. Hari demi hari, pertuturan akan pastinya lebih baik.
8. Teksi
Cuba elakkan untuk berada di kawasan tumpuan pemandu teksi seperti KLCC dan KL Sentral. Jika perlu ambil rider di kawasan tersebut, boleh minta rider duduk di depan dan berlakon sebagai kawan. Jika berlaku sebabarang kecemasan, boleh hubungi 03-27253060.
9. Kenalan Baru
Secara tidak lansung saya berjumpa rakan baru yang berkongsi pengalaman masing-masing. Ada yang best dan ada juga yang hambar. Ada yang masih ‘keep in touch’ dengan saya sehingga kini.
10. Permintaan Ditolak
Perlu diingatkan yang mungkin akaun akan digantung jika terlalu kerap tolak ‘PING’. Maknanya, setiap kali ‘PING’ wajib terima. Jika sebarang masalah, hubungi rider dengan baik dan minta rider sendiri yang batalkan trip.
11. Star Rating
Untuk memastikan layak menerima ‘incentive’ mingguan, perlu pastikan rating 4.3 ke atas. Oleh itu, sentiasa murahkan senyuman dengan rider, ringankan tulang untuk menolong angkat barang, memandu dengan berhati-hati dan lain-lain. Sebagai rider, bagi lah 5 star jika tiada masalah besar, janganlah menutup periuk nasi orang lain
12. Referrel Fee
Untuk setiap kenalan yang daftar, Uber akan beri RM300 ganjaran (tertakluk kepada tempoh masa pemanduan). Jika berminat anda boleh join uber dan masukkan code saya, DXS4WNW1UE. Ganjaran RM300 kita boleh kongsi.
Kesimpulan:
Uber atau Grabcar merupakan salah satu platform yang terbaik untuk kita menjana pendapatan. Jika anda masih muda dan bersemangat tinggi serta mempunyai kerja tetap, boleh lakukan secara sambilan.
Sampai satu tahap, ia juga agak memenatkan. Namun, jujur saya katakan ia merupakan pengalaman yang sangat baik. Secara tidak lansung akan mengasah cara pemanduan, cara berinteraksi, menambahkan pengetahuan tentang kawasan sekitar dan juga dapat mengembangkan rangkaian.
Mungkin juga suatu hari nanti, kita akan dapat rider dari ‘syurga’ yang mampu memberi jalan untuk mengubah nasib hidup selamanya.
Semoga berjaya!