Datuk Red tidak kisah digelar badut kerana membuat parodi trend Jamilah yang dipopularkan Que Haidar.
Menurutnya, dia ada banyak hutang untuk dibayar. Dan dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan views dan pendapatan daripadanya.
Bercakap kepada mStar, Datuk Red berkata: Alhamdulillah, saya dah minta izin dan mohon maaf pada Que.
“Maklum balas daripada video tersebut cukup positif. Saya dapat banyak tawaran reviu selepas video viral. Que pun kata bagus, Datuk Adi Putra pun ada komen.”
Seterusnya Datuk Red menambah: “Saya tak kisah digelar badut.”
Ini kerana menurutnya, semua yang dia buat adalah untuk tujuan hiburan dan bertujuan untuk mencari rezeki halal. Selain itu dia berseloroh menyatakan bahawa dia membuat versi lelaki tidak kacak berbanding dengan versi kacak seperti Que Haidar.
Selepas videonya tular, ada banyak pengasa produk mahu menggunakan khidmatnya untuk menghasilkan konten viral.
Setakat artikel ini ditulis, konten tersebut sudah meraih lebih 4.7 juta tontotan di TikTok.
@dato..red jamilah😜 tgk sampai abis😭
Ini akan dapat membantunya dalam usaha mahu membayar hutangnya selain daripada untuk menghiburkan netizen.