Tindakan sebuah akaun media sosial terkenal, Travel Jimat, membuat lawak tidak bertempat tentang musibah banjir di negara jiran menuai kecaman netizen.
Dalam hantaranya, Travel Jimat menulis: “Pasar terapung Khlong Hae, tak terapung pula masa banjir.”
Khlong Hae Floating Market.
Tak terapung pula time banjir ni.
Before After pic.twitter.com/5e0DAKAv9G
— Travel Jimat (@TravelJimat) November 22, 2025
Hantaran itu membuatkan ramai menganggap admin laman tersebut sebagai tidak sensitif. Ini terutama sekali mereka yang pernah berkunjung ke Thailand dan melawat kawasan tersebut, menganggap peniaga di sana ramai yang baik.
Mereka rata rata menganggap hantaran tersebut sebagai tidak kelakar sama sekali.
Ini kerana tiada manusia yang berakal akan membuat lawak tentang musibah melanda orang lain.
Ada yang berpendapat ianya hantara kurang ajar daripada admin.

Seorang lagi berkata: “Otak awak dekat mana sampai sanggup buat hantaran macam ini? Memalukan!”

Ada juga yang meminta maaf kepada rakyat Thailand di atas hantaran yang dibuat oleh page dari Malaysia itu. Kerana ianya benar benar memalukan.
Mereka turut meyatakan sokongan kepada penduduk di Thailand yang terjejas banjir.
Banjir besar melanda Thailand Selatan sejak 19 November 2025, menyebabkan krisis kemanusiaan yang serius. Hujan monsun yang luar biasa lebat – direkodkan sekitar 630 mm dalam tempoh tiga hari – ianya adalah yang paling tinggi dalam 300 tahun di beberapa kawasan, menurut Jabatan Pengairan Thailand.
Kesannya, ada beberapa daerah kini diklasifikasikan sebagai “zon merah”, dengan paras air banjir mencecah 0.5 hingga 2.5 meter.
Krisis tersebut turut menjejaskan sektor pelancongan, perkhidmatan bas dan kereta api di selatan terpaksa digantung, dan ramai pelancong kini terperangkap di kawasan terjejas banjir.