Seorang lelaki terkejut apabila melihat dua orang warga Bangladesh mengisi minyak dipercayai di dalam sebuah tong yang diletakkan dalam bonet kereta.

Warga asing tersenyum dan menjawab selepas ditanya kenapa isi minyak di dalam tong itu. Menurut video dimuat naik TikTok @arshadishak84 Kejadian berlaku di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Bangi Seksyen 7.

Baca Juga:

Tindakan warga Bangladesh itu tidak dihalang oleh pekerja stesen minyak di situ. Sebaliknya seolah-olah seperti ‘turut membantu’ mereka.

@arshadishak84

#fyppppppppppppppppppppppp #subsidiminyak #curiminyak #shell #seksyen7 #bandarbarubangi

♬ original sound – Arshadishak – Arshadishak

‘Sama-sama kaum tolong satu sama lain,’ marah netizen.

Apabila lelaki itu bertanya kepada stesen minyak mengapa tidak menghalang warganya mengisi minyak dalam tong, dia menyatakan sudah menghalang tetapi mereka tidak mengendahkannya.

Netizen berasa pelik selepas melihat video tersebut. Ada yang beranggapan adakah terdapat ‘kedai tepi’ sehingga berlaku ketirisan di stesen minyak itu.

Pada masa sama netizen menyuarakan kepentingan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diseru oleh kerajaan sebelum ini.

Dengan data-data yang ada pada sistem itu, kerajaan dapat memberikan subsidi minyak secara bersasar, telus kepada individu yang layak.

Sumber Gambar: TikTok @arshadishak84
Sumber Gambar: TikTok @arshadishak84
Sumber Gambar: TikTok @arshadishak84

Menurut netizen, inisiatif itu sekaligus dapat menghalang pihak tidak bertanggungjawab, seperti warga asing yang berleluasa menggunakan subsidi minyak tanpa kawalan.

Pada masa sama netizen meminta penguatkuasa melaksanakan dan mengetatkan undang-undang yang sedia ada supaya tiada pihak mengambil kesempatan sehingga rakyat tempatan sendiri tertindas.