Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akhirnya memberi isyarat bahawa perang dagang tarif tinggi yang dikenakan ke atas barangan dari China akan dikurangkan “secara besar-besaran”, lapor CNN.

Kenyataan itu muncul selepas berminggu-minggu ketegangan memuncak dalam perang dagang yang menjejaskan pasaran global.

Trump, yang sebelum ini lantang dengan dasar “America First“, kini mengendurkan nada kerasnya dan berkata tarif setinggi 145% ke atas barangan China “takkan kekal setinggi itu.”

“145% memang tinggi sangat. Ia takkan setinggi itu. Ia akan turun banyak… tapi bukan sampai kosong,” kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih.

Apa yang Mendorong Perang Dagang Ini U-Turn?

Beberapa jam sebelum kenyataan Trump, Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, dalam satu persidangan tertutup bersama pelabur yang dianjurkan oleh JP Morgan Chase, berkata bahawa perang dagang ini “tak boleh diteruskan” dan bakal reda dalam masa terdekat.

Perang dagang
Sumber: Reuters

Menurut sumber kepada CNN, Bessent menyebut bahawa matlamat sebenar bukan untuk memutuskan hubungan dagang, tapi untuk ‘seimbangkan semula’ perniagaan antara kedua negara.

Kenyataan itu memberi kesan serta-merta kepada pasaran:

  1. Dow Jones, S&P 500 dan Nasdaq melonjak naik ke paras tertinggi untuk hari itu
  2. Pasaran Asia turut mencatat keuntungan:
    1. Hang Seng (Hong Kong) naik 2%
    2. Nikkei 225 (Jepun) naik 2%
    3. Kospi (Korea Selatan) naik 1.5%

Reaksi China: “Kami Tak Nak Gaduh, Tapi Kami Tak Takut”

Kementerian Luar China, melalui jurucakapnya Guo Jiakun, menegaskan bahawa AS perlu hentikan taktik ugutan jika serius mahu berunding.

“Kalau nak capai perjanjian, AS mesti hormat China secara sama rata dan berhenti menggunakan tekanan maksimum,” kata Guo.

Perang dagang
Sumber: People daily

“Kami tak nak lawan, tapi kami tak takut. Kalau perlu berlawan, kami akan lawan sampai habis. Kalau nak berbincang, pintu kami sentiasa terbuka.”

Reaksi Netizen China: #TrumpChickenedOut Trending!

Sikap “lembut” Trump dalam episod terbaharu perang dagang ini menjadi bahan jenaka di media sosial China.

Di platform Weibo, hashtag “Trump Chickened Out” menjadi antara topik paling hangat — dengan lebih 150 juta tontonan dalam masa beberapa jam.

Trump Masih Harap “Hubungan Baik”

Trump tetap menzahirkan harapan untuk berbaik dengan Presiden China, Xi Jinping.

“Kami akan sangat baik. Mereka juga akan sangat baik. Dan kita akan tengok apa yang berlaku,” kata Trump, sambil menolak untuk kaitkan rundingan ini dengan isu COVID-19.

Perang dagang
Sumber: Reuters

“Kalau mereka tak buat perjanjian, mereka takkan dapat berniaga di AS. Tapi saya rasa kita akan hidup bahagia dan bekerjasama. Saya rasa semuanya akan jadi baik.”

Namun, sumber dari kerajaan China berkata bahawa sebelum Trump umumkan tarif “Liberation Day” pada 2 April lalu, Beijing sudah melantik orang kanan untuk rundingan, tapi mereka keliru siapa wakil sah dari AS kerana Trump nampak macam nak jadi ‘nego solo’.