Pejabat Peguam Negara Indonesia sebelum ini membongkar kes rasuah besar-besaran di Pertamina membabitkan pengurusan minyak mentah dan produk penapisan.
Kes ini mengheret tujuh suspek termasuk lembaga pengarah anak syarikat dan pihak swasta dengan kerugian negara mencecah hampir Rp 200 trilion.
Menurut Tempo, difahamkan bahawa tujuh suspek terbabit termasuk pengarah Pertamina dan broker minyak yang menyebabkan kerugian negara mencapai Rp 193,7 trilion (RM53 bilion).
Kerugian ini merangkumi eksport minyak mentah yang sepatutnya untuk kegunaan domestik bernilai Rp 35 trilion, pembelian minyak mentah dan produk penapisan pada harga marked-up bernilai Rp 11.7 trilion dan kenaikan kos subsidi bahan api akibat import haram bernilai Rp 147 trilion.
Apa yang membuatkan rakyat Indo marah adalah apabila mereka ditipu hidup-hidup apabila produk penapisan Ron 90 (Pertalite) dibeli dan dicampur untuk dijual sebagai Ron 92 (Pertamax).
Pengurusan mengaut keuntungan besar melalui penipuan ini bertahun-tahun.
Isu Rasuah Pertamina: Reaksi Masyarakat
Masyarakat Indonesia umumnya sudah lelah dengan kes-kes korupsi yang terus terjadi di negara mereka, terutama yang melibatkan perusahaan milik negara seperti Pertamina.
Banyak warga yang merasa marah dan kecewa karena wang yang seharusnya digunakan untuk kepentingan publik malah dikorupsi oleh segelintir orang.
Malah ada juga yang meminta bahawa Pertamina digantikan dengan Petronas, syarikat minyak milik Malaysia yang ketika ini mempunyai rekod pengurusan yang bersih.
Petronas bukan tidak pernah masuk ke market Indonesia, namun disebabkan sentimen anti-Malaysia yang kuat, Petronas gagal bertahan di sana.
Bagaimanapun, ini bukan kali pertama rakyat Indo meminta agar Petronas masuk ke Indonesia.
Pada hujung tahun lalu, Komisi VI Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia secara terbuka mencadangkan agar Pertamina dibubarkan dan memberi laluan kepada syarikat minyak Malaysia, Petronas, untuk mengambil alih peranan menyediakan bahan api berkualiti dan murah untuk rakyat.
Cadangan ini timbul selepas aduan meluas daripada pengguna motosikal di Indonesia yang mendakwa bahawa bahan api jenis Pertamax yang dijual oleh Pertamina menyebabkan kenderaan mereka rosak.
Aduan ini bukan sahaja datang daripada satu atau dua orang, tetapi ribuan pengguna telah menyuarakan ketidakpuasan hati mereka di media sosial.
“Kalau Pertamina sudah tidak boleh menyediakan bahan api murah dan berkualiti, lebih baik bubar sahaja. Beri Petronas masuk ke negara kita untuk menyediakan bahan api murah.
“Apa gunanya kita bercakap tentang kedaulatan tenaga jika rakyat kita terus dibebani dengan harga bahan api yang mahal dan ditipu dengan bahan api murah yang tidak berkualiti?” katanya.