Sebut sahaja PETRONAS Malaysian Cub Prix mesti ramai yang cukup kenal dengan acara penuh epik ini. Acara perlumbaan motosikal tempatan ini malah turut menjadi fenomena setiap tahun!

Untuk pengetahuan anda, di sebalik kemeriahan acara ni, sebenarnya terdapat kisah kerja keras, pengorbanan, dan dedikasi orang-orang hebat di belakang tabir.

Kalau anda rasa PETRONAS Malaysian Cub Prix hanya sekadar perlumbaan, think again!

Tahun ni, PETRONAS Motorsports membawakan kelainan dengan memaparkan siri istimewa bertajuk #MelakarImpianBersama di mana anda boleh selami sendiri cerita di balik tabir kejayaan acara ini.

Perjalanan penuh cabaran Farres Putra

Tidak ada kejayaan yang datang bergolek. Ini yang dapat anda lihat apabila menonton episod pertama siri #MelakarImpianBersama.

Fokus kali ini adalah kisah Farres Putra, salah seorang pelumba muda berbakat besar. Walau bagaimanapun, perjalanan untuk sampai ke puncak bukanlah sesuatu yang mudah.

Melalui episod ni, anda akan faham betapa banyak halangan dan rintangan yang Farres perlu hadapi untuk muncul sebagai pelumba hebat. Dari sesi latihan intensif hingga tekanan mental, semuanya diceritakan secara penuh!

Hero-hero tanpa nama di balik tabir

Bila sebut perlumbaan, mesti orang ramai akan terus fikir mengenai pelumba dan kemenangan bukan? Namun jarang kita dapat kita lihat kerja keras mekanik-mekanik dan pasukan teknikal dalam memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.

Menerusi episod kedua ini, anda akan dapat lihat dekat dengan hero-hero ini. Menerusi kemahiran dan kepakaran yang dimiliki, mereka berjaya memastikan jentera setiap pelumba berada dalam keadaan terbaik.

Mereka inilah sebenarnya tulang belakang kejayaan setiap pasukan di PETRONAS Malaysian Cub Prix!

Jangan lepaskan peluang hadiri pusingan akhir di Pulau Pinang 23 dan 24 November ini!

Kalau anda rasa anda sudah tengok kesemua aksi hebat dalam sukan permotoran, tunggu dulu.

Pusingan akhir PETRONAS Malaysian Cub Prix bakal berlangsung di Stadium Negeri, Pulau Pinang sekali lagi bakal menjamin aksi yang penuh mendebarkan buat semua!

Inilah peluang terbaik anda untuk rasai sendiri suasana perlumbaan secara live! Kalau anda berada di sekitar Pulau Pinang atau di kawasan sekitar, jangan lepaskan peluang untuk tonton para pelumba hebat ini bertarung buat kali terakhir tahun ni.

Buat anda yang mahu menonton siri penuh #MelakarImpianBersama, anda boleh layari laman rasmi Facebook dan Instagram PETRONAS Motorsports.

Setiap episod memaparkan bukan sekadar cerita, malah ia adalah inspirasi yang boleh membuka mata kita semua mengenai apa sebenarnya yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Ayuh Melakar Impian Bersama!