Seorang pengguna TikTok meluahkan kekecewaannya apabila syarikat Bubblebee milik Shuib masih belum melangsaikan hutang KWSP sejak 2022.

Sambil mengingatkan akibat yang akan ditanggung seorang muslim yang tidak melangsaikan hutang mereka.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Bubblebee Masih Hutang KWSP Pekerja Sejak 2022

Akaun TikTok Penuntut Keadilan menulis: “HUTANG WAJIB DI BAYAR

“Hutang KWSP dari tahun 2022 sampai 2023 belum lagi dilangsaikan. Kat dunia ni boleh lah terlepas tapi bukan kat akhirat nanti.

“Bahaya hutang.

“Perlu diingat bahawa ayat yg paling panjang dalam al-Quran adalah mengenai hutang. al-Baqarah, 282.

Bubblebee Masih Hutang KWSP Pekerja Sejak 2022

“Jangan ambil mudah biarpun sekecil mana pun hutang tersebut boleh menghalang anda untuk masuk syurga.

“Jangan ambil hak orang, yang haram tetaplah haram. Semoga orang orang yang berkenaan mendapat hidayah daripada Allah swt,” tulis pengguna Tiktok itu lagi.

Di ruangan komen ada beberapa lagi individu mendakwa memang Bubblebee masih belum melangsaikan KWSP mereka.

Bubblebee Masih Hutang KWSP Pekerja Sejak 2022

Malah ada bekas staf yang meluah pengalaman pahit mereka bekerja dengan Bubblebee. Kemudian masih ada isu kebajikan lain turut berlaku.

Bubblebee Masih Hutang KWSP Pekerja Sejak 2022

Netizen meminta Shuib mengambil perhatian ke atas rungutan tersebut dan menyelesaikan segera masalah itu.

Bubblebee Masih Hutang KWSP Pekerja Sejak 2022

Ada juga yang bertanya, bukankah sebelum ini Shuib sudah menyatakan bahawa isu KWSP pekerja ini sudah selesai dan sudah mencapai kesepakatan?

Dia juga menegaskan bahawa Bubblebee banyak belajar daripada kesilapan dan akan memperbaikinya di masa akan datang.

Selesai Isu KWSP Pekerja, Shuib Dedahkan Dah Setahun Tak Ada Gaji Dekat Bubblebee

Sebelum ini Bubblebee telah terpalit kontroversi dengan isu hutang KWSP dan kebajikan pekerja. Dengan ada pekerja mendakwa KWSP mereka tidak dibayar sedangkan dalam penyata gaji ianya sudah dipotong.

Shuib kemudian mengambil alih sendiri tugas untuk menyelesaikan masalah itu. Sambil menegaskan bahawa masalah KWSP itu timbul kerana masalah pengurusan lama.

Dia dan rakan rakannya yang mengendalikan pengurusan baharu telah telah berusaha untuk mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.

Shuib menegaskan bahawa Bubblebee sedang dalam proses revolusi di bawah pengurusan baharu. Dan dia mahu semua orang tahu potensi Bubblebee yang boleh menjadi jenama antarabangsa suatu hari nanti.