Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun disahkan menghidap diabetes selepas makan hotdog dan nugget setiap hari.
Menurut perkongsian seorang pengguna Threads, kanak-kanak tersebut kini terpaksa berkunjung ke klinik setiap hari.
Baca Juga:
- Malaysia Antara Negara Miliki Pesakit Diabetes Paling Ramai
- 5 Petua Perubatan Bagi Pesakit Diabetes Yang Anda Perlu Tahu
- Cara Mengawal Gula Dalam Badan Untuk Pesakit Diabetes Yang Boleh Diamalkan Semua

Pengguna tersebut berkongsi perbualannya dengan pengasuh anaknya, yang mendedahkan bahawa seorang lagi anak di bawah jagaannya telah disahkan menghidap diabetes dan saluran darah tersumbat.
Makanan Proses Punca Diabetes
Menurutnya, ibu kanak-kanak itu memberinya makanan yang diproses hampir setiap hari, jarang memberinya makanan seperti nasi atau sayur-sayuran.

“Budak itu dah kena pergi hospital setiap minggu untuk pemeriksaan sebab kencing manis and salur darah tersumbat.
“Bila fikir balik, mak dia hari-hari akan bagi nugget/hotdog sebagai makanan utama anak dia.

“Awak bayangkan budak tu tak pernah makan nasi. Yangg dia bagi kepada pengasuh 2 bungkus nugget setiap dua minggu sampai pengasuh saya pun pening,
“Jajan jangan cakap la segala jajan ada gula dia bagi. Saya tak merendahkan usaha mak dia tapi saya ambil sebagai pengarajan,” tulisnya.