Siapa yang pernah sambung belajar di pengajian tinggi, tahulah betapa peritnya mahu menguruskan kewangan dengan jumlah yang terhad untuk sepanjang semester.
Ada kalanya, sebahagian pelajar perlu mencari kerja sambilan untuk menampung kehidupan seharian.
Di bulan Ramadan ini, semua pelajar boleh menarik nafas lega kerana boleh dikatakan di setiap masjid atau surau berdekatan pasti akan menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma.
Bagaimanapun, perkara ini merupakan sesuatu yang mengejutkan buat seorang pelajar dari Indonesia yang menuntut di Malaysia.
@ihsanularliansyah menzahirkan rasa kagum terhadap tradisi di Malaysia yang membolehkan sesiapa sahaja menikmati juadah berbuka puasa secara percuma tanpa sebarang halangan.
“Berbuka puasa di Malaysia, percuma. Kebanyakan masjid yang ada di Malaysia sudah tentu akan menyediakan makanan percuma untuk orang yang berbuka puasa,” kongsinya.
Menurut ihsan, hidangan yang disediakan bukan sekadar ringkas, malah merangkumi sajian lengkap yang terdiri daripada nasi serta pelbagai jenis lauk-pauk.
Inisiatif tersebut disifatkan sebagai sesuatu yang amat bermakna, khususnya dalam meringankan beban kewangan mahasiswa yang menetap jauh dari keluarga.
Pengalaman tersebut turut memberikan perspektif baharu kepada beliau mengenai hakikat Ramadan.
Dia menyimpulkan bahawa ibadah puasa bukan sekadar refleksi spiritual individu, tetapi merupakan manifestasi solidariti sosial yang memperkukuh ukhuwah sesama masyarakat.
@ihsanularliansyah Tips berbuka gratis di Malaysia_ #malaysia #penang #study #student #indonesia
โฌ suara asli – Ihsan.Ar_๐ฎ๐ฉ Student in ๐ฒ๐พ – Ihsan.Ar_๐ฎ๐ฉ Student in ๐ฒ๐พ
Dalam pada itu, netizen tempatan turut berkongsi pendapat terhadap perkongsian pemuda berkenaan.
Sebahagian netizen menjelaskan bahawa rata-rata rakyat Malaysia memilih berlumba-lumba untuk melakukan aktiviti sedekah pada setiap bulan Ramadan kerana ganjaran pahala yang besar.
Selain itu, ada yang meminta pemuda itu untuk turut menikmati moreh selepas ibadah terawih yang merangkumi makanan ringan sebagai pelengkapnya di hari itu.