Bergelar pelakon, pengacara dan juga bekas calon PRU15, Azwan Ali pada awal pagi ini dilihat sudah mulai sampai ke SK Klang Gate bagi membuang undi bagi Adun Hulu Kelang.
Menariknya, Adun Hulu Kelang pada kali ini ditandingi oleh abang kandung beliau sendiri iaitu Azmin Ali yang mewakili Perikatan Nasional.
Baca Juga:
- Tidak Harapkan Populariti Arwah Bapa, Anak Harun Salim Bachik Jadi Calon Adun Sempena PRN23
- MyUndi Hadir Dengan Pembaharuan Yang Lebih Informatif Dan Mesra Pengguna Sempena PRN23
Mengulas mengenai pendirian Azwan Ali, beliau memberi bayangan tidak memilih Azmin Ali sebagai calon untuk beliau membuang undi.
“Bukan darah daging jadi percaturan” ulas Azwan Ali kepada para wartawan.
Selebriti Azwan Ali dilihat menunggu di luar pusat mengundi SK Klang Gate, di mana abangnya Azmin Ali akan membuang undi. Ditanya siapa pilihannya, Azwan memberi bayangan bukan Azmin pilihannya.https://t.co/T4tbCdsW2n#AzwanAli #DivaAA #AzminAli #PRN #PN #PH #BN pic.twitter.com/6aHDBmRsmz
— Malaysiakini (BM) (@mkini_bm) August 12, 2023
Tambahnya lagi, meskipun kerap kali muncul berita beliau mahu sedia berbaik semula bersama Azmin Ali, ahli politik tersebut masih lagi tidak mengendahkan beliau.
Azwan Ali turut memaklumkan sedia membuang undi kepada calon yang layak serta mampu membuat kerja di kawasan Adun Hulu Kelang selaku tempat beliau mengundi.