Bergelar pelakon, pengacara dan juga bekas calon PRU15, Azwan Ali pada awal pagi ini dilihat sudah mulai sampai ke SK Klang Gate bagi membuang undi bagi Adun Hulu Kelang.

Menariknya, Adun Hulu Kelang pada kali ini ditandingi oleh abang kandung beliau sendiri iaitu Azmin Ali yang mewakili Perikatan Nasional.

Baca Juga:

Mengulas mengenai pendirian Azwan Ali, beliau memberi bayangan tidak memilih Azmin Ali sebagai calon untuk beliau membuang undi.

“Bukan darah daging jadi percaturan” ulas Azwan Ali kepada para wartawan.

Tambahnya lagi, meskipun kerap kali muncul berita beliau mahu sedia berbaik semula bersama Azmin Ali, ahli politik tersebut masih lagi tidak mengendahkan beliau.

Azwan Ali turut memaklumkan sedia membuang undi kepada calon yang layak serta mampu membuat kerja di kawasan Adun Hulu Kelang selaku tempat beliau mengundi.